ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely lancar Jia Ji L – Exora tak jadi pinjam ‘Infinite Weave’ dan ‘Ethereal Bow’ Proton?

Berita Global

Views

Geely baru-baru ini melancarkan MPV kompak Jia Ji L yang merupakan versi facelift kepada model semasa Jia Ji. Tiga pilihan varian ditawarkan, dengan julat tanda harga bermula dari 119,800 – 142,800 RMB (RM77,626 – RM92,534).

Model semasa Jia Ji merupakan minivan enam-tempat duduk dengan ukuran dimensi 4,706mm panjang, 1,909mm lebar, 1,690mm tinggi dan jarak antara rodanya pula 2,805mm.

Ia ditawarkan dengan beberapa pilihan trenkuasa, salah satunya adalah enjin pembakaran dalaman (ICE) 1.8-liter empat-silinder turbocas petrol yang menjana 184 kuasa kuda dan 300Nm daya kilas.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Versi PHEV juga ditawarkan dengan kombinasi enjin 1.5 liter tiga-silinder turbocas dengan output 177 kuasa kuda dan motor elektrik 82 kuasa kuda. Gabungan kuasa sistem hibrid plug-in ini menghamburkan 258 kuasa kuda dan 415 daya kilas.

Apa yang menarik, ukuran panjang Jia Ji L bertambah lagi 120mm berbanding model semasa dan menampilkan susun atur tujuh-tempat duduk. Maknanya, saiz model itu kini 4,826mm panjang, 1,909mm lebar, 1,695mm tinggi dan jarak antara rodanya masih 2,805mm.

Paling mencuri tumpuan, model ‘Exora tak jadi’ ini menampilkan elemen rekaan terkini Proton pada wajah baharunya dengan meminjam kemasan jeriji seakan-akan corak ‘Infinite Weave‘ dan palang krom berbentuk seperti busur atau ‘Ethereal Bow‘.

Sebenarnya, Jia Ji L mengikut jejak langkah model Vision StarburstEmgrand L dan Bin Yue S versi facelift yang mengaplikasikan bahasa reka bentuk baharu iaitu “Energy Storm” dengan menyelit sedikit unsur rekaan Proton.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Rekaan belakang kini dengan jejalur lampu LED yang bersambung, bampar rekaan baharu, pemantul cahaya disusun secara menegak dan kemasan corong ekzos saduran-krom. Ruang kabinnya juga mengalami beberapa perubahan dan ia kelihatan lebih kemas dan elegan berbanding model semasa.

Papan pemukanya dilengkapi panel instrumen digital bersaiz 10.25-inci, stereng tiga-jejari yang rata pada bahagian bawah dan papan unit infohibur 12.3-inci jenis terapung yang menggunakan sistem Galaxy OS.

Dari aspek keselamatan, Jia Ji L dilengkapi dengan 14 fungsi bantuan pemanduan Tahap 2 dan enam beg udara. Untuk keselesaan, pembeli boleh memilih sama ada konfigurasi enam-tempat duduk (2+2+2) dan tujuh-tempat duduk (2+3+2).

Ruang bagasinya kini berkapasiti 513 liter, yang boleh menyumbatkan sehingga tujuh beg bagasi 20-inci. Jia Ji L dikuasakan oleh enjin empat-silinder petrol 1.5 liter turbocas dengan 181 kuasa kuda yang digandingkan kotak gear tujuh-kelajuan dwicekam (DCT). Penggunaan bahan apinya adalah 6.9 liter/100km.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Autohome

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply