ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar polis trafik – Pelajar kolej kena penjara 3 bulan, lesen digantung 3 tahun

Berita Tempatan

Views

Ingat lagi tak kes polis trafik kena langgar semasa bertugas dan video kejadian tersebut telah tular beberapa hari lepas? Menurut laporan Astro Awani, seorang pelajar kolej swasta dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur setelah didapati bersalah memandu secara melulu dan berbahaya.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang anggota Polis Trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Hishamuddin, dua hari lepas. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial, dia merempuh mangsa sehingga melambung dan tercampak ke tengah jalan.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Semoga kes ini dijadikan iktibar kepada pengguna jalan raya yang lain!

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply