ARKIB

KATEGORI

Buletin

Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Berita Tempatan

Views

Bernama melaporkan, kerajaan negeri Terengganu akan membatalkan projek pembelian sebuah bas Amphicoach atau bas dua alam, walaupun telah membuat pembayaran sebanyak RM2.7 juta dengan baki sebanyak RM336,350.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata ia berikutan pihak kontraktor tidak dapat mematuhi syarat dan terma kontrak selaras dengan klausa 20 (a), Penamatan Pengajian Kontraktor.

Ariffin berkata bas amfibia itu juga gagal mendapat kelulusan pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia bagi membolehkannya beroperasi di darat dan laut. Pengubahsuaian yang dilakukan terhadap kenderaan itu juga tidak menepati kehendak JPJ dan Taman Laut, malah Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) negeri Terengganu juga bersetuju dengan syor Jabatan Kerja Raya untuk menamatkan kontraktor itu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji

Beliau berkata demikian di luar persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, semalam.  Sebenarnya bas tersebut telah mengalami beberapa masalah dan ia hampir karam di Sungai Terengganu semasa dipandu uji bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada awal tahun lepas.

Apabila ditanya sama ada kerajaan negeri akan mendapat semula wang yang telah dibayar itu, Ariffin berkata lazimnya ia akan dipulangkan apabila proses pembelian ditamatkan dan menyerahkan perkara itu kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk perincian lanjut.

Terdahulu, dalam sesi soal jawab lisan, Hishamuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) meminta penjelasan kerajaan negeri mengenai status terkini Amphicoach dan perancangan kerajaan negeri untuk memanfaatkannya dalam industri pelancongan.

JOM BACA >> Yaris muncul di laman sesawang rasmi Toyota Malaysia – Bakal dilancar dalam masa terdekat?

Ariffin mengumpamakan projek itu sebagai ‘pesakit kronik yang tidak boleh disembuhkan oleh doktor’ dan kenyataannya telah menarik perhatian dewan. ADUN Kijal, Ahmad Said pula bertanya adakah JPJ tidak boleh bertolak ansur dalam memberi kelulusan operasi.

Dewan menjadi lebih gamat setelah diberitahu bahawa kenderaan bas amfibia yang tiba di Terengganu ialah daripada jenama MAN bukannya Iveco Bus seperti yang ditempah namun menjelaskan ia adalah keputusan kerajaan negeri sebelum ini berdasarkan ketahanan dan kelasakan jenama itu.

Selain beberapa masalah teknikal lain, bas jenama MAN yang mempunyai 42 tempat duduk penumpang juga tidak mendapat kelulusan JPJ kerana tidak menepati kehendak teknikal agensi itu termasuk masalah untuk memindahkan penumpang sekiranya berlaku kecemasan di air.

Pembelian Amphicoach itu diilhamkan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mahu ia digunakan untuk membawa pelancong ke beberapa tempat menarik sekitar bandar sebelum menyusuri Sungai Terengganu.

JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> 8,500 unit Proton X70 diserah dalam tempoh 100 hari

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Azliadlan.blogspot

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply