Pemerintah Indonesia menyediakan lebih 1,400 kenderaan elektrik (EV) yang akan digunakan sepanjang Sidang Kemuncak Negara-Negara Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung di Pulau Bali hari ini dan esok, lapor akhbar Arab News.
Daripada jumlah itu, sebanyak 962 unit terdiri daripada kereta elektrik, 454 motosikal elektrik dan 36 bas elektrik bagi mengangkut delegasi, kumpulan pemberita serta anggota keselamatan di lokasi utama acara.
Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati berkata, Indonesia amat serius untuk mengetengahkan tenaga boleh diperbaharui dalam menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Ketika pemimpin-pemimpin dunia tiba pada acara tersebut, mereka juga akan dijemput menggunakan kenderaan elektrik sebagai simbolik kepada komitmen Jakarta ke arah peralihan tenaga.
Penggunaan EV ketika persidangan itu dilihat sebagai langkah bagi memenuhi sasaran Indonesia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2060.
Ia merupakan langkah dalam arah yang betul dan saya gembira kerana Indonesia membuat keputusan untuk mempamerkannya kepada dunia pada persidangan G20.
Aktivis alam sekitar dan Ketua Eksekutif Landscape Indonesia, Agus Sari pula berkata, penggunaan kenderaan elektrik ketika G20 menunjukkan simbol bagi permulaan kepada transformasi
Selaku pengerusi G20 tahun ini, Indonesia memberi tumpuan kepada pemulihan pasca pandemik, peralihan tenaga dan transformasi digital.
Ia juga memberi kelebihan kepada Jakarta untuk mempromosikan potensinya dalam menjadi hab serantau bagi pengeluaran EV. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Wuling Motors Indonesia
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
KOMEN TERKINI