ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo XC40 Recharge Pure Electric 2023 diperkenalkan, harga RM278,888

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan Volvo XC40 Recharge Pure Electric dan siri XC40 yang lain dengan model tahun 2023 (MY23).

XC40 Recharge Pure Electric 2023 dijual pada harga RM278,888 dan didatangkan dalam enam pilihan warna iaitu Black Stone, Crystal White, Sage Green, Silver Dawn, Thunder Grey dan warna baharu, Fjord Blue.

Model ini merupakan EV pertama yang diperkenalkan oleh Volvo Car Malaysia pada bulan Mac 2022. Sambutannya amat menggalakkan sehingga mendapat lebih daripada 400 pesanan dalam masa dua bulan sejak ia dilancarkan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kesemua unit yang dijual telah pun diserahkan kepada pembeli pada bulan Jun lalu. XC40 Recharge Pure Electric juga merupakan model kereta Volvo pertama yang tersedia menerusi tempahan secara dalam talian.

Kereta elektrik sepenuhnya ini bukan sahaja kereta elektrik yang pertama dijual sebagai model pemasangan tempatan (CKD), malah ia didatangkan dengan ciri-ciri baharu seperti:

  • Pembersih Udara Kawalan Jauh pra-pembersihan PM2.5
  • Reka bentuk bahagian depan dan rim yang dikemas kini
  • Fabrik dalaman Charcoal Connect Suede
  • Modul Pengesanan Pergerakan Kaki (FMDM) yang dikemas kini
  • Tuil gear baharu dengan penukar gear charcoal tanpa kulit

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump, berkata dengan kemas kini yang terbaharu bagi XC40 Recharge Pure Electric model tahun 2023, pihaknya percaya para pelanggan Volvo akan menikmati peningkatan pengalaman pemanduan.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Kemas kini untuk model tahun 2023 juga disediakan untuk XC40 Recharge T5 Ultimate (Plug-in Hybrid) dan XC40 B5 Ultimate (Mild Hybrid).

Kedua-dua kenderaan ini ditawarkan pada harga RM268,888. Kedua-duanya juga akan turut mendapat pengubahsuaian reka bentuk termasuk perubahan Dynamic Chassis.

XC40 Recharge Pure Electric baru-baru ini telah memenangi anugerah ‘Best Small Electric SUV’ oleh CarSifu Editors’ Choice Awards 2022 dan turut diiktiraf sebagai kenderaan elektrik CKD yang pertama dengan anugerah ‘Special Recognition Award’.

Ia juga bakal dieksport ke negara-negara jiran di ASEAN. Para pelanggan kini boleh membuat pembelian model-model XC40 secara dalam talian di www.volvocars.com/my/build/xc40-electric.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply