ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 320,000 unit Lego berjaya membentuk Honda Civic Type R skala penuh

Berita Global

Views

Dalam artikel terdahulu, kami pernah kongsikan cerita mengenai lebih setengah juta unit Lego digunakan untuk membentuk Toyota Camry bersaiz penuh, kali ini syarikat permainan kanak-kanak itu telah membina satu model skala penuh 1:1 Honda Civic Type R.

Sembilan pakar Lego yang diketuai oleh Ryan McNaught telah mengambil masa selama 1,300 jam untuk menyiapkan projek tersebut menggunakan lebih 320,000 unit Lego yang diperkukuhkan dengan kerangka keluli dan kesemuanya telah dilekatkan dengan gam.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Beberapa sesi ‘perah otak’ turut berlangsung untuk menyelesaikan beberapa masalah, seperti pengelap tingkap yang mudah patah dan spoiler belakang yang perlu seiras dengan kereta sebenar. Akhirnya, segalanya berjalan dengan lancar dan mereka sangat gembira dengan hasilnya.

Bagi ketua projek ini, Ryan McNaught berkata mereka amat sukakan cabaran yang ada semasa menyiapkan projek ini. Bentuk kereta yang mempunyai banyak garisan lekuk membuatkan proses membinanya menjadi menarik. Model Lego Civic Type R berskala penuh ini menampilkan semua lampu yang berfungsi dan boleh dikawal menggunakan tablet iOS.

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Honda bakal mempamerkan model ini di beberapa acara berbeza di Australia dalam beberapa bulan yang akan datang. Ia buat pertama kali akan dipertontonkan pada 28 April di Channel Nine semasa rancangan TV ‘LEGO Masters’ yang turut menampilkan McNaught sebagai juri bersama personaliti TV dan radio, Hamish Blake.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply