ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih baik menabung dalam Tabung Haji daripada beli ‘sport rim’ – Wazi Abdul Hamid

Berita Tempatan

Views

Bekas pelumba motosikal negara Wazi Abdul Hamid mengingatkan anak muda untuk tidak menghabiskan duit membeli aksesori motosikal atau barangan mewah semata-mata kerana hobi, sebaliknya menabung dalam Tabung Haji (TH) supaya dapat menunaikan ibadat haji ketika usia masih muda.

Wazi, 52, yang kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan rukun Islam itu berkata beliau kagum melihat ramai jemaah haji negara luar adalah dalam kalangan anak muda yang begitu bertenaga ketika melaksanakan ibadat.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

“Jadi, daripada membeli sport rim, topi keledar berharga RM2,000, RM3,000, lebih baik simpan dalam TH, hanya RM1,300 untuk mendaftar haji, panggilan (haji) insya-Allah akan datang,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau turut menyarankan TH untuk mendekati anak muda dengan pelbagai program khusus bagi menarik minat golongan itu menabung dan seterusnya mendaftar haji.

“Mungkin perlu difikirkan bagaimana untuk meremajakan organisasi ini supaya anak muda tidak rasa jauh dengan TH,” katanya.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dalam pada itu, seorang jemaah haji muda Muhammad Haqim Mohd Farid, 18, yang tidak ditemani ahli keluarga berkata dia memberanikan diri untuk berjauhan dengan ibu bapa sepanjang berada di sini.

“Lagipun, saya memang suka berjalan seorang diri, dah biasa seorang,” katanya yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Pemuda itu didaftarkan ibunya untuk menunaikan haji pada 2009 iaitu ketika beliau baru berumur empat tahun. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply