Naza Eastern Motors Sdn Bhd hari ini melancarkan Suzuki Jimny Edisi Rhino, setelah hampir dua tahun model SUV kompak itu kembali ke pasaran Malaysia.
Bersempena pengenalan edisi baharu ini, acara “Jimny Lifestyle Drive” turut dianjurkan. Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Automotive, Mohd Rizal Jailan.
Lebih 30 pemilik Jimny menyertai pemanduan konvoi dari Bilik Pameran Suzuki Cars Petaling Jaya ke Pusat Latihan & Pengalaman 4WD Malaysia (M4TREC) di Semenyih.
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
Ketua Pegawai Operasi Naza Eastern Motors, Mohamad Irwan Shahril telah mengumumkan edisi khas Jimny Rhino diikuti demonstrasi dan latihan ‘off-road‘ dipersembahkan oleh tenaga pengajar Suzuki Jimny.
Menurut Irwan berkata, Suzuki Cars Malaysia turut menawarkan Kit Jimny Rhino bernilai RM15,000 buat semua pemilik Jimny sedia ada.
Jimny edisi Rhino ditawarkan dengan pilihan warna putih mutiara tulen dan dilengkapi lambang ikonik Rhino
yang memberi penghormatan kepada warisan siri Suzuki SJ, Jimny generasi kedua yang pertama kali muncul 41 tahun lalu.
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
Edisi ini terhad kepada pengeluaran sebanyak 30 unit sahaja dan dijual pada harga RM174,900 (tidak termasuk insurans).
Model ini didatangkan dengan pelekat merah, kelabu dan hitam yang tertera pada hud dan profil, dengan perkataan “Real Offroader” dan grafik Rhino.
Ia turut menerima sentuhan nostalgia seperti jeriji Suzuki Heritage yang sepadan cermin sisi kemasan krom, bampar sisi dan hadapan selain kepak lumpur (mud flap) merah yang tertera perkataan “Jimny” berwarna putih, dan penutup tayar ganti belakang dengan logo Rhino.
Pengadang pembezaan hadapan dan belakang, serta pemesong hujan serta angin dipasang sebagai perlindungan tambahan. Jimny edisi Rhino kini boleh didapati di Bilik Pameran Suzuki Cars di Naza Automall, Petaling Jaya.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
KOMEN TERKINI