ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuhraya DASH mula kutip tol tengah malam ini

Berita Tempatan

Views

Pengguna Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) akan mula dikenakan bayaran tol tengah malam ini selepas 48 hari menikmati kemudahan penggunaan lebuh raya itu secara percuma.

Berita Harian melaporkan, Projek Lintasan Damansara-Shah Alam selaku syarikat pemegang konsesi DASH memaklumkan, kutipan bayaran tol itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan pengenalan frekuensi radio (RFID).

Susulan itu, katanya pengguna dinasihat memastikan baki kad Touch ‘N Go dan e-dompet masing-masing mencukupi sebelum memasuki lebuh raya itu.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kadar tol akan dikenakan kepada pengguna melalui ketiga-tiga plaza tol Lebuhraya DASH iaitu Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara) dan Plaza Tol Kota Damansara.

Berikut adalah kadar tol Lebuhraya DASH:

  • Kereta atau kenderaan mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda – RM2.30
  • Lori dua gandar dan lima atau enam roda – RM4.60
  • Treler – RM6.90
  • Teksi – RM1.20
  • Bas – RM2.30

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol, selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan.

Pengguna juga dinasihatkan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan papan tanda arah disediakan semasa melalui plaza tol bagi memastikan perjalanan lancar ke destinasi dituju.

Ketika perasmian pembukaan DASH pada 13 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan lebuh raya sepanjang 20.1 kilometer itu dibuka kepada pengguna secara percuma selama 48 hari bermula 14 Oktober dan berakhir tengah malam ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply