ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki dari India sumpah Honda Accord miliknya menjadi ‘Maserati GranCabrio jadian’

Modifikasi

Views
MASERATI GRANCABRIO REPLICA ON HONDA ACCORD |BLUE COLOR | 4 SEATER CONVERTIBLE | MODIFIED CARS INDIA

Dalam artikel lalu kami pernah kongsikan cerita seorang lelaki bernama Nonso Offor dari Nigeria yang telah mengubahsuai model crossover SUV Toyota Venza miliknya menjadi sebuah Rolls-Royce Sweptail.

Kali ini seorang peminat fanatik jenama Maserati dari India turut membuat perkara yang sama dengan mengubahsuai model Honda Accord miliknya menjadi klon Maserati GranCabrio.

Mungkin tidak sabar untuk menanti GranTurismo terbaharu yang membuatkan lelaki tersebut nekad ‘menyumpah’ keretanya menjadi jentera ikonik Itali yang dicat dengan warna biru.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Sekilas pandang ia memang nampak macam Maserati dari jauh, namun semakin dekat ia ternyata ‘indah khabar dari rupa’. Dari hadapan ‘Maserati jadian’ itu dipasang dengan jeriji besar yang diapit oleh sepasang lampu projektor buatan tangan.

Rupa Maserati masih lagi kelihatan di bahagian sisi terutama pada lengkung tayarnya yang dipasang dengan rim 18-inci yang menampilkan logo Trident. Bentuk asal sedan Accord turut diubah menjadi rekaan dua-pintu, termasuk bumbung kanvas boleh lipat.

Apa yang menarik, bumbung tersebut boleh dilipat dengan menggunakan kuasa elektrik, macam model sebenar! Agak sadis ruang kabinnya tidaklah se’gah’ rupa luaran, dengan kemasan yang nampak macam ‘kereta tak siap’.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia menampilkan kemasan kulit berwarna krim yang mendominasi hampir keseluruhan ruang kabin, namun kualiti jahitannya tidaklah seteliti kualiti hasil kerja ‘tukang jahit profesional’ di Maserati.

Logo Trident turut kelihatan pada keempat-empat penyandar kepala, manakala sistem infohiburnya berada di tengah papan pemuka dan juga pencahayaan ambien yang kelihatan seperti lampu tiub LED di kedai ‘Tom Yam’.

Sungguhpun ‘Maserati jadian’ jauh sekali dari sempurna, namun kesungguhan lelaki tersebut sememangnya layak untuk diberikan pujian.

Kami tidak pasti berapa jumlah ‘wang yang telah hangus’ dan ada kemungkinan lelaki tersebut menyesal tak sudah dek kerana menurutkan kehendak hatinya itu. Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply