ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki Nigeria ini ubah suai Toyota Venza jadi Rolls-Royce Sweptail

Tular

Views
Talent Hunt Series Featuring Nonso Offor, an Aspiring Car Manufacturer from Anambra State

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai seorang lelaki dari Nigeria yang telah berjaya mengubahsuai kenderaan miliknya menjadi sebuah model mewah.

Lelaki bernama Nonso Offor itu telah mengubahsuai model crossover SUV Toyota Venza menjadi sebuah Rolls-Royce Sweptail.

Menurut portal correctng.com, foto lelaki dari Oraifite di negeri Anambra yang berdiri di depan “Rolls-Royce Sweptail jadian” ini mula menjadi ‘bahan membawang’ warganet di seantero pelusuk dunia.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Sweptail adalah kereta golongan kayangan yang dihasilkan oleh Rolls-Royce Motor di United Kingdom dan dijual pada harga sekitar $12.8 juta (RM53,508 juta).

Apa yang menarik, Rolls-Royce Sweptail mengambil masa empat tahun untuk disiapkan dan pernah memegang rekod sebagai kereta termahal di dunia selama dua tahun sebelum ‘dicantas’ oleh Bugatti La Voiture Noire pada 2019.

Model ini telah diperkenalkan semasa acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este di Itali pada tahun 2017.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Toyota Venza pula adalah model crossover SUV yang dijual pada harga sekitar $34,105 (RM142,570) hingga $41,595 (RM1173,881) menurut portal edmunds.com.

Meskipun Rolls-Royce Sweptail milik Nonso Offor adalah ‘versi jadian’, cara pembuatannya boleh dikatakan agak baik serta masih mengekalkan identiti model asal seperti lampu bulat dan juga jeriji Pantheon.

Apa pendapat anda?

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit OFFOR Joseph

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply