ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ini sanggup bayar RM1,800 jadi ‘penguji beta’, implan cip kunci Tesla pada tangan

Tular

Views

Mungkin dah bosan nak bawa kunci kereta, seorang ‘pencinta teknologi’ bernama Brandon Dalaly sanggup melakukan perkara luar biasa, dengan menanam implan cip pada tangan kanan yang berfungsi sebagai kunci untuk kereta Tesla miliknya.

Dia kini sebahagian daripada kumpulan kecil penguji beta selepas membayar $400 (RM1,800) secara keseluruhan untuk cip dan prosedur. Dengan adanya implan Komunikasi Medan Dekat (Near Field Communication-NFC), dia boleh membuka kunci dan menghidupkan kereta dengan hanya menyentuh tangan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Jelasnya, cip ini mempunyai lebih banyak fungsi, bukan sekadar Tesla. Kunci Tesla merupakan salah satu aplikasi yang telah dipasang padanya. Cip ini berfungsi seperti ‘sentuh-untuk bayar’ pada kad kredit, ApplePay atau GPay di telefon.

Bukan itu sahaja, cip ini membolehkan pelbagai aplikasi berfungsi dalam satu masa dengan hanya satu sentuhan pada tangan Dalaly. Ia tidak terhad kepada hanya sebuah kereta sahaja, malah ia boleh dikemas kini pada masa hadapan sekiranya perlu.

Dalaly berkata, ini merupakan cip kedua yang ditanam pada tangannya. Yang pertama pada sebelah tangan kiri, bersaiz lebih kecil bertujuan untuk membuka pintu depan dan pada masa yang sama menyimpan portfolio, maklumat perhubungan dan perubatan.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Tambahnya, dia boleh memautkan kredit kad kepada implan tersebut dan ia boleh digunakan di mana-mana sahaja selagi ada terminal sentuh-untuk bayar.

Kata Dalaly lagi, pada mulanya dia berasa agak kekok menggunakannya dan ia mengambil sedikit masa untuk berfungsi dengan baik setelah mengalami bengkak di tangan selepas prosedur menanam implan tersebut.

* Penulis tengok tangan dia kena rodok dengan besi nak masuk implan tu pun dah rasa sakit, seriau pulak. Memang tak sanggup la nak buat macam ni.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply