Dua peragut bersenjata cuba memecah cermin sebuah kereta Bugatti Chiron milik seorang jutawan di pusat bandar London untuk mencuri seutas jam tangan Rolex berharga £110,000 (RM583,211), lapor akhbar The Sun kelmarin.
Menurut KOSMO! ONLINE, dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta mewahnya yang berharga £3 juta (RM15.9 juta) apabila dia dihimpit oleh seorang penunggang motosikal secara tiba-tiba.
Pencuri tersebut cuba memecahkan tingkap supercar berwarna hitam itu sambil diperhatikan oleh seorang lagi rakan subahatnya yang menunggang motosikal berasingan.
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
Sasaran mereka dipercayai adalah jam tangan Platinum Rolex Daytona, yang berharga lebih £110,000 (RM583,211).
Menurut saksi, Abdullah menetap di Hotel Berkeley, di mana dua pencuri berkenaan dilihat mengekorinya dari hotel tersebut.
“Dua pencuri tersebut berada di luar hotel pagi ini dan kakitangan mengarahkan mereka agar berlalu dari laluan kereta di hadapan lobi.
“Apabila Abdullah menaiki kereta Bugatti miliknya dan berlalu dari hotel tersebut, dua penjenayah itu mengekorinya sehingga ke Hyde Park Corner. Salah seorang daripada mereka membunyikan hon, dipercayai sebagai isyarat memulakan serangan.
“Saya mengandaikan mereka menanti sehingga tiba di simpang yang mempunyai lampu isyarat merah yang lama sebelum bertindak menyerangnya,” kata saksi tersebut.
Berdasarkan video rakaman, dua peragut itu dilihat menghimpit kereta Abdullah dan mengetuk cermin menggunakan tukul.
Jutawan dari Kuwait itu kemudian memecut kenderaannya, yang menyebabkan dua peragut terbabit gagal dalam ‘misi’ mereka.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
KOMEN TERKINI