ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia berharap projek HSR bersama Singapura dapat diteruskan – Ismail Sabri

Berita Tempatan

Views

Malaysia berharap dapat mempercepatkan usaha meneruskan semula projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) bersama Singapura seawal mungkin, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Berita Harian, Perdana Menteri berkata, ketika ini Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya di Singapura, S Iswaran, giat meneruskan perbincangan.

Dalam satu temu bual dengan beberapa wakil media asing dan Bernama, Ismail Sabri berkata usaha meneruskan semula projek itu akan membabitkan beberapa perubahan pada syarat dan terma asal.

“Perbincangan masih berjalan. Kalau boleh (nak) lebih cepat sebab dalam masa yang sama Malaysia juga ada perancangan untuk wujudkan HSR antara Kuala Lumpur dan Bangkok. “Kalau boleh, kita nak link (hubungkan) Bangkok-KL dan KL-Singapura,” katanya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Beliau membayangkan jaringan itu boleh disambung hingga ke China memandangkan China dan Thailand juga dalam proses membina rangkaian kereta api berkelajuan tinggi.

Ditanya sama ada usaha meneruskan semula projek ini adalah keutamaan pentadbiran beliau, Ismail Sabri berkata: “Bukan nak kata ia satu keutamaan, ia lebih kerana perancangan. Dah ada dari mula, dari zaman BN (Barisan Nasional) planning (perancangan) dah lengkap, cuma terbatal sekejap”.

Memandangkan kos bahan mentah yang semakin meningkat, Malaysia mungkin mengkaji untuk mengurangkan saiz stesen bagi mengimbangi kos pembinaan keseluruhan projek itu.

Pada 29 November lalu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, dilaporkan berkata republik itu terbuka menerima cadangan baharu dari Malaysia berkaitan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura walaupun kedua-dua negara itu sebelum ini bersetuju menamatkan projek itu.

Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala untuk melaksanakan projek HSR pada 13 Disember 2016.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Projek sepanjang 350 kilometer yang dijadualkan siap pada 2026 itu dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar raya kepada 90 minit.

Bagaimanapun, pembinaan projek itu ditangguhkan pada September 2018 dan pada 31 Mei 2020, kedua-dua kerajaan bersetuju menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion itu sehingga 31 Disember 2020.

Pada 1 Januari 2021, Malaysia dan Singapura mengumumkan bersama penamatan projek HSR apabila kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan bagi perubahan yang dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Disember 2020.

Pada Mac 2021, Malaysia mengumumkan ia membayar SG$102.8 juta kepada Singapura selaku kos yang ditanggung bagi pembangunan projek HSR dan berkaitan pelanjutan penangguhannya.

Dalam hal lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan sedang mengkaji keperluan mewujudkan laluan ketiga untuk menghubungkan Johor dan Singapura dalam usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia Singapura (Linkedua).

Katanya, ia masih di peringkat perancangan, dan pihaknya akan melihat sekiranya perlu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply