ARKIB

KATEGORI

Buletin

Longkang tersumbat punca ‘banjir kilat’ di jalan tertinggi di Malaysia

Berita Tempatan

Views

Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di George Town yang dikatakan struktur jalan raya bertiang tertinggi di Malaysia mengalami banjir kilat apabila digenangi air dalam kejadian hujan lebat petang semalam.

Menurut K! ONLINE, video kejadian itu dikongsi pengguna jalan raya yang memaparkan air bertakung hampir 0.5 meter pada sebagian jalan tersebut.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Bagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan negeri, Phee Boon Poh, air segera surut selepas pasukan Majlis Bandaraya Pulau Pinang melakukan kerja-kerja pembersihan.

Katanya, kejadian itu disebabkan longkang tersumbat kerana lubangnya ditutup oleh daun kering dan sampah. Tambahnya, masalah itu telah berjaya diselesaikan dan air telah surut.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Jalan yang menelan kos pembinaan RM378 juta itu dirasmikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pada 13 Januari lalu setelah mengambil masa enam tahun pembinaan.

Ia dikatakan jalan raya tertinggi di negara ini apabila dibina di atas tiang setinggi 61.5 meter dan mengalahkan ketinggian Lebuh Raya Rawang-Serendah (Rawang Bypass) yang setinggi 58.2 m.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply