ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki solat tengah jalan sebenarnya pesakit psikiatri yang lari dari wad

Tular

Views

Seorang lelaki yang tular menunaikan solat di tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Ipoh, berhampiran Shell Taman City menghala ke pusat bandar semalam merupakan pesakit psikiatri.

Utusan Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, lelaki warga tempatan berusia 30 tahun itu sepatutnya menerima rawatan pesakit psikiatri di Hospital Selayang, namun, telah melarikan diri daripada wad.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, berikutan kejadian berkenaan, pihak Hospital Selayang telah dihubungi dan menghantar ambulans ke lokasi kejadian dan membawa lelaki tersebut untuk rawatan selanjutnya.

Kata beliau, pada mulanya, anggota JSPT Kuala Lumpur yang bertugas telah membuat rondaan setelah menerima maklumat berkaitan dengan kesesakan di Jalan Ipoh.

Apabila tiba di lokasi kejadian, anggotanya telah mendapati seorang lelaki sedang berdiri di tengah jalan sambil melaungkan azan dan bersolat.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Anggota telah bertindak memujuk lelaki tersebut dan membawanya ke Stesen Minyak Shell berhampiran untuk tujuan menenangkannya. Mengulas lanjut, kata beliau, ketika kejadian, lelaki tersebut juga memakai gelang putih yang menyerupai gelang hospital.

Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 29 saat memaparkan seorang lelaki sedang solat di atas jalan raya dengan tidak menghiraukan keadaan sekeliling sambil di pantau oleh anggota-anggota polis trafik.

Tindakan anggota tersebut yang berdiri dibelakang lelaki itu sambil mengarahkan kereta-kereta di jalan raya supaya terus bergerak agar tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas mendapat perhatian warganet.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply