ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki ‘tunjuk punai’ sambil tunggang Y Suku dah kena cekup

Tular

Views

Lelaki yang dipercayai menunjukkan kemaluannya kepada dua wanita bersaudara ketika menunggang motosikal akhirnya ditahan polis, tidak sampai lima jam selepas kejadian di Batu 22, Teroi, dekat Yan.

Suspek dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sambil menunjukkan kemaluannya kepada dua mangsa terbabit yang ketika itu sedang menunggang motosikal Yamaha Ego Solaris.

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Yan jam 5.45 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya ketika dihubungi hari ini.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu (D92A)

Shahnaz berkata, pengadu iaitu wanita yang berusia 27 tahun bersama anak saudara perempuan berumur 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan atau kerugian.

Dalam kejadian pagi tadi, dua wanita bersaudara cemas apabila terserempak dengan lelaki yang menunjukkan kemaluannya ketika menunggang motosikal.

Kejadian jam 11.30 pagi ketika Nur Wahida Ahmad dan anak saudaranya dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Keda, Sungai Udang, selepas mengikuti kursus kulinari di Guar Chempedak. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply