ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lepas Huawei, Trump mula ‘cari pasal’ dengan pengeluar kereta Jepun?

Berita Global

Views

Ketika isu sekatan yang dikenakan terhadap gergasi telekomunikasi dari China, Huawei masih belum reda, Presiden Amerika Syarikat (A.S.) Donald Trump buat hal lagi lagi. Kali ini beliau cuba ‘menjolok sarang tebuan baharu’ dengan menganggap pengimportan kenderaan dari Jepun sebagai ancaman terhadap keselamatan negaranya.

Menurut laporan dari CNBC, Presiden Toyota Motor merangkap pengerusi Persatuan Pengilang Automobil Jepun (JAMA), Akio Toyoda berkata, mereka amat kecewa mendengar mesej dari Presiden negara “Uncle Sam” itu yang menganggap bahawa sumbangan pelaburan dan pekerjaan mereka selama ini di negara tersebut tidak dialu-alukan.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Toyoda menyatakan kekecewaannya terhadap Trump dan mendakwa sekatan perdagangan tersebut akan turut memberi tamparan hebat kepada industri dan ekonomi automotif di A.S. Sehingga kini, JAMA melaporkan, mereka telah melabur sebanyak $51 billion dan berjaya mencipta 94,000 peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan serta menyediakan 1.6 juta peluang pekerjaan dalam bidang pengedaran dan pembekalan secara tidak langsung.

Antara syarikat pengeluarJAMA termasuklah Honda, Mazda, Mitsubishi, Nissan, Subaru dan Toyota  yang mempunyai 24 pusat pengilangan, 45 fasiliti penyelidikan dan pembangunan reka bentuk serta 39 pusat pengedaran di 28 negeri di seluruh A.S.

Mengikut data, pengeluar dari Jepun kini membina lebih satu per tiga jumlah kenderaan yang dikeluarkan di A.S. Pada 2018, syarikat pengeluarJAMA telah mengeluarkan 3.7 juta unit kenderaan dan 4.4 juta unit enjin. Lebih dari 420,000 unit kereta dan trak dibina oleh syarikat Jepun telah dieksport ke negara tersebut tahun lalu.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

JAMA berkata, jenama dari Jepun telah mengeluarkan lebih dari 84 juta unit kenderaan di A.S. sejak 1982 dan membeli lebih dari $1 trilion komponen kenderaan yang dikeluarkan di A.S. sejak 1986. Menurut Ketua Pengarah JAMA Amerika Syarikat, Manny Manriquez, peluang pekerjaan dalam industri pembuatan kenderaan Jepun di A.S. meningkat sebanyak 29 peratus dalam tempoh 2011 hingga 2018.

Jumaat lalu, Trump mengeluarkan satu arahan baharu yang memberi masa enam bulan kepada Jepun dan Kesatuan Eropah supaya mempertimbangkan semula perdagangan mereka dengan A.S. supaya industri automotif, tenaga kerja dan inovasi Amerika dilindungi.

Katanya, Wakil Perdagangan A.S., Robert Lighthizer akan menangani ancaman terhadap keselamatan negara yang dimaksudkan berpunca daripada pengimportan automobil dan akan membincangkan perjanjian bagi melindungi pengeluar kereta Amerika.

Makin banyak la musuh Trump lepas ni, China, Jepun dan Kesatuan Eropah. Lepas ini giliran siapa pula? Kita tengok siapa yang kena!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply