ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA : Tip elak letih atau mengantuk ketika memandu

Info

Views

Sempena ketibaan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, kami nak kongsikan beberapa tip untuk mengelakkan letih atau mengantuk ketika memandu yang dibawakan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Terengganu. Almaklumlah, ramai yang akan mengharungi perjalanan jauh untuk pulang ke kampung halaman masing-masing nanti.

JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?

Pernahkah anda rasa MENGANTUK dan LETIH ketika memandu?

Bila ada dah mula mendapat tanda-tanda seperti ini, ia bermakna anda wajib berhenti dan berehat atau tidur seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) atau di kawasan yang selamat. Antara simptom-simptom atau tanda-tanda tersebut adalah menguap, mengantuk, mata penat, gelisah, terlebih membelok, tindak balas perlahan, bosan dan kurang tumpuan.

JOM BACA >> Tahukah anda markas Avengers sebenarnya milik pengeluar jentera berat dari China?

Bagaimana untuk mengelakkannya?

Ikuti empat tip ini:

  • Berhenti rehat setiap dua jam.
  • Berhenti apabila penat atau tukar pemandu (pastikan ada penumpang yang mempunyai lesen yang sah dan masih hidup, kalau tak niaya je kena saman).
  • Tidur seketika selama 20 minit (jangan terlajak sudah, nanti lambat sampai).
  • Sentiasa minum air yang mencukupi (ketika waktu sahur).

Elakkan dari memandu antara jam 10 malam sehingga 4 pagi kerana ia berisiko empat kali ganda untuk terlibat dalam kemalangan maut. Kongsikan info ini sekiranya bermanfaat!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply