Polis percaya letupan berlaku di stor barang kes milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul petang semalam, kemungkinan berpunca daripada geseran ketika jentolak menggelek mercun yang juga barang kes.
Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mungkin berlaku sedikit pergeseran dengan tanah atau pasir yang menyebabkan haba terbentuk ketika jentolak menggelek barang kes itu.
Katanya, apabila ia (barang kes) dikumpulkan di dalam tong roro, haba mungkin membakar secara perlahan. Apa pun, Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur masih menyiasat punca sebenar letupan itu.
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
Mengulas kejadian semalam, Eng Lai berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian membabitkan stor barang kes yang terletak kira-kira dua kilometer dari IPD sentul itu jam 6.42 petang.
Sejurus itu, pihaknya bersama-sama JBPM Kuala Lumpur serta lain-lain agensi penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran.
Api berjaya dipadamkan dan dikawal sepenuhnya jam 7.04 petang. Dalam pada itu, Eng Lai berkata, kejadian itu menyebabkan 18 kereta dan dua lori yang juga barang kes terbakar, dengan semua kenderaan adalah barang kes berdaftar yang disimpan dalam stor terbabit.
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
Selain itu, katanya pihaknya juga menerima tujuh laporan polis berkaitan kerosakan pada rumah penduduk di kawasan sekitar.
Tambah beliau, ada rumah mengalami kerosakan pada cermin tingkap dan ada yang bumbungnya pecah, namun tidak menyebabkan kecederaan kepada penghuni.
Kejadian juga menyebabkan tiga pekerja am yang membantu pembersihan proses pelupusan cedera ringan dan masing-masing menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Eng Lai turut mengesahkan lima pegawai polis bertugas di stor terbabit dan dua pekerja am lain tidak mengalami kecederaan, manakala jumlah kerugian sebenar dialami masih belum ditaksirkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Bomba Kuala Lumpur
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “
KOMEN TERKINI