ARKIB

KATEGORI

Buletin

UMW Toyota Motor raikan sambutan Lebaran menerusi filem pendek, ‘Kota Raya’

Berita Tempatan

Views

Setelah melancarkan kempen Ramadan Raya mereka dengan tema ‘Bersama Lebih Bermakna’, semalam UMW Toyota Motor melancarkan pula filem Pendek Aidilfitri bertajuk ‘Kota Raya’.

Diilhamkan daripada hubungan kekeluargaan, ia memaparkan suka duka yang dihadapi golongan milenial di kota. Selepas dua tahun tidak dapat meraikan lebaran bersama keluarga pastinya menimbulkan rasa kerinduan. Kali ini ramai yang tidak sabar-sabar meluangkan masa untuk beraya bersama-sama.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Filem pendek ini dibintangi oleh Aedy Ashraf sebagai Aidil, manakala Amerul Affendi pula memainkan watak Fitri. Selain itu, duta Toyota Gazoo Racing dan Toyota Yaris, Janna Nick turut membuat penampilan khas sebagai Aqilah.

‘Kota Raya’ boleh ditonton bermula semalam, 26 April menerusi YouTube dan platform media sosial lain. Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke semua pusat servis untuk menyelenggara kereta mereka sebelum pulang ke kampung halaman.

Sempena sambutan ‘Bersama Lebih Bermakna’, semua peminat Toyota dijemput menyertai peraduan ‘Pandu Uji dan Menang Duit Raya’ yang boleh disertai dari sekarang hingga 1 Mei 2022.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Setiap sesi pandu uji membolehkan peserta mengambil bahagian dalam peraduan dan memenangi ‘duit raya’ bernilai RM100, manakala pandu uji yang disusuli oleh tempahan yang berjaya akan melayakkan pemilik Toyota peluang menerima duit raya RM200.

Sejumlah 30 pemenang akan dipilih setiap minggu. UMW Toyota Motor juga telah menganjurkan acara Hujung Minggu Ramadan di semua pusat pameran dan jualan baru-baru ini.

Lebih daripada 4,000 pelanggan Toyota menikmati tawaran hebat di samping pelbagai ganjaran nilai tambah lain di bilik-bilik pameran Toyota di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://toyota.com.my/.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply