ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lexus LM – Minivan mewah aras bangsawan

Berita Global

Views

Kembar kepada Toyota Alphard, Lexus LM akhirnya diperkenalkan di Shanghai Motor Show. Minivan pertama dari jenama Lexus berada pada kelasnya yang tersendiri dengan menampilkan gaya yang serba mewah dan premium. Model dijangka bakal ditawarkan di pasaran China dan beberapa negara Asia terpilih.

Ia direka untuk menepati kehendak kehidupan profesional moden yang melihat kenderaan mewah mereka bukan sekadar alat pengangkutan. Berbanding dengan kenderaan mewah tradisional, Lexus LM membayangkan persekitaran mewah bagi mewujudkan ruang peribadi yang membantu penumpang untuk menjalankan perniagaan dengan lebih baik dan juga memaksimumkan masa ketika bergerak.



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Dari luar, yang membezakan model ini dengan Alphard ialah rekaan jeriji, lampu hadapan dengan lampu nyalaan siang LED (DRL), bampar dan juga kemasan krom pada bahagian sisi. Dua pilihan warna ditawarkan untuk model ini, iaitu Hitam (Black) dan Putih (White Pearl Crystal Shine).

Di bahagian kabin, LM menampilkan paparan skrin berwarna besar bersaiz 26 inci, peti sejuk, tempat menyimpan payung dan konsol tengah dengan panel kawalan sentuh. Panel tersebut boleh mengawal kedudukan tempat duduk, fungsi rehat, kawalan suhu dan audio untuk penumpang belakang.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Minivan mewah ini mempunyai pilihan dua konfigurasi tempat duduk, sama ada empat atau tujuh tempat duduk. Pilihan empat duduk amat sesuai untuk kegunaan ahli perniagaan atau mereka yang mahukan ruangan persendirian, di mana mereka boleh berehat dalam suasana yang selesa dan nyaman.

Lexus LM akan ditawarkan dalam dua pilihan model iaitu LM 350 dan LM 300h serta dua pilihan jenis pemanduan sama ada pacuan roda depan dan pacuan semua roda. Ia bagaimanapun berbeza mengikut pasaran.

LM 350 dijana oleh enjin petrol 3.5-liter DOHC manakala LM 300h pula dikuasakan oleh enjin 2.5-liter empat silinder Atkinson bersama dengan sistem hibrid. Adakah model ini bakal mendarat di Malaysia nanti? Kita sama-sama nantikan!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply