ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pusat 3S premium pelbagai jenama SISMA Auto Hub kini dibuka

Berita Tempatan

Views

SISMA Auto telah mengumumkan pembukaan SISMA Auto Hub, pusat 3S premium pelbagai jenama yang baharu di mana pelanggan boleh membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah.

Ia terletak di tapak yang dahulunya merupakan pusat 3S Jaguar Land Rover di Glenmarie, Shah Alam. Langkah ini diambil oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM) berikutan usaha sama antara SISMA Auto dan Sime Darby, baru-baru ini yang menggabungkan operasi runcitnya di Malaysia.

Ini sekali gus menyaksikan pengambilalihan aset pengedar dan pemindahan kakitangan dari Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto serta penggabungan operasi runcit ke Ara Damansara, Selangor dan Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV

Walaupun SISMA Auto masih mengekalkan pegangan yang signifikan bagi perniagaan Jaguar Land Rover sebagai rakan niaga di JLRM, kini ia merancang untuk menggunakan pengalamannya selama lebih 25 tahun sebagai pengedar francais bagi Jaguar, Land Rover dan Volvo untuk menawarkan pengalaman 3S premium yang sama bagi sebarang jenama kereta mewah.

SISMA Auto Hub Glenmarie menampilkan bilik pameran yang memuatkan 14 buah kereta dan 16 ruangan servis yang dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan diagnostik terkini. Pelanggan SISMA Auto Hub boleh:

  • Membeli kereta mewah terpakai yang disahkan daripada nama yang dipercayai
  • Menjual kereta mewah terpakai mereka pada harga yang berpatutan, dengan cepat dan telus
  • Mendapatkan khidmat servis bagi sebarang jenama kereta mewah yang dibeli dari mana-mana juga dengan mudah.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Menurut Pengarah Urusan, SISMA Auto, Syed Khalil bin Syed Ibrahim, pengalaman premium 3S sewajarnya disediakan untuk semua pemilik kereta mewah. Di SISMA Auto Hub, pasukan yang berkemahiran tinggi akan memberikan perkhidmatan unggul yang sinonim dengan SISMA Auto.

Selain daripada Jaguar Land Rover (Malaysia) dan SISMA Auto Hub, syarikat tersebut pada masa ini mengendalikan dua cawangan Volvo, iaitu bilik pameran di Bukit Bintang, dan Pusat Servis dan Selekt di Glenmarie, yang terletak bersebelahan dengan SISMA Auto Hub.

Volvo Car Malaysia telahpun mengiktiraf SISMA Auto menerusi anugerah ‘Dealer of the Year‘ untuk dua tahun berturut-turut iaitu 2020 dan 2021.

SISMA Auto menyasarkan untuk terus berkembang bersama jenama Volvo di Malaysia dan telah memulakan kerja pembinaan pusat kemudahan utama Volvo 3S di Sungai Besi.

Pusat 3S empat tingkat yang mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi ini melambangkan kemajuan perniagaan Volvo yang dikendalikan oleh SISMA Auto. Pusat kemudahan SISMA Auto Volvo yang baharu dijangka akan mula beroperasi pada penghujung 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply