Portal MalaysiaGazette melaporkan, lima anggota polis cedera dirempuh lori semasa menjalankan tugas Sekatan Jalan Raya Op Covid 19 di Jalan Syed Putra di Kuala Lumpur kira-kira jam 12.45 pagi tadi.
JOM BACA >> Stesen minyak pertama Five akan mula beroperasi bulan ini
Dalam kejadian tersebut Konstable Mohd Afendi cedera di bahagian kepala, bahu kiri dan kaki mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Empat mangsa lagi iaitu Inspektor Afifi Zulhusni, Koperal Khairul Nizam, Koperal Azizi dan Lans Koperal Wan Kamarul cedera ringan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Insiden tersebut dikongsi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPTKL) menerusi laman Instagram. Menurut JSPTKL, seluruh warga Jabatan Siasatan Dan PenguatkuasaanTrafik Kuala Lumpur mendoakan agar semua mangsa cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas seperti biasa,.
JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mula melancarkan Op Covid 19 pada hari pertama untuk menasihati orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Isnin lalu.
Perintah tersebut berkuatkuasa hari kelmarin (Rabu). Hari ini adalah hari ketiga perintah tersebut dikuatkuasakan, namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mematuhinya dengan pelbagai alasan.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS
JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital
JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
KOMEN TERKINI