ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ops COVID-19 Polis Kontinjen Selangor bermula malam ini

Berita Tempatan

Views

Portal MalaysiaGazette melaporkan, satu operasi besar-besaran berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Selangor bermula jam 8 malam ini. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.

JOM BACA >> TuneD perkenal kit badan khas untuk Proton Saga FLX – Harga bermula dari RM 1,980

Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan. Jelas beliau, pihaknya melakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah atau berada dalam kumpulan besar.

Mereka akan diberi pemahaman serta nasihat supaya akur dengan perintah. Tambahnya, polis akan menasihatkan mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah dan operasi ini juga melibatkan semua 16 daerah di seluruh negeri Selangor.

JOM BACA >> Theophilus Chin beri gambaran Honda City Hatchback secara digital

Ketua Polis Daerah pula akan membuat sekatan jalan raya di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum menasihatkan mereka supaya pulang, namun buat masa ini pihak polis masih menggunakan kaedah nasihat. Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kertas siasatan kepada mereka yang degil.

Polis akan menggunakan Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang. Tambahnya lagi, operasi yang bermula sekitar jam 8 malam ini akan berakhir sebaik sahaja pihaknya berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Proton terus menguji SUV kompak X50
JOM BACA >> INTIP : Cik ‘City 2020’ terus diuji
JOM BACA >> Gambaran digital Proton Suprima S generasi baharu
JOM BACA >> INTIP : ‘Cik City 2020’ kena skodeng di Lebuhraya Persekutuan</a
JOM BACA >> Proton lancar X70 2020 buatan Tanjung Malim – Harga bermula dari RM94,800

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply