ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima ciri menarik Ford Focus baharu

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah memperkenalkan Focus baharu pada minggu lalu. Versi facelift ini dijual pada harga RM118,888 seunit (di atas jalan tidak termasuk insurans) di Semenanjung Malaysia dan RM123,388 di Malaysia Timur untuk varian Trend.

Ia didatangkan dengan enam pilihan warna menarik iaitu putih (Frozen White), hitam (Panther Black), perak (Ingot Silver), merah (Candy Red), kelabu (Magnetic) dan biru (Winning Blue). Semua pemilik kenderaan Ford juga kini boleh menikmati rebat tunai sebanyak RM3,000 apabila mereka membeli Ford Focus baharu sehingga 30 April 2016.

Berikut adalah lima ciri menarik Focus baharu :

1. Enjin paling berkuasa dalam kelasnya

Focus baharu dilengkapi enjin EcoBoost 1.5 liter (Twin-independent Variable Cam Timing) paling berkuasa dalam kelasnya yang mampu menjana 180PS dan tork 240Nm.

Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan SelectShift baharu yang ringan dan efisien. Paddle shifter yang diletakkan di bahagian belakang stereng memberikan pemanduan yang lebih sporty.

2. Pemanduan yang dinamik

Sistem suspensi dan penyerap hentak Focus baharu ditala dengan berhati-hati untuk memberikan pemanduan yang lebih mantap serta responsif.

Sistem Electric Power Assisted Steering (EPAS) pula meningkatkan pengalaman pemanduan dengan mengurangkan rasa redaman yang tidak perlu dan menawarkan maklum balas terbaik kepada pemandu.

3. Ciri keselamatan yang terbaik

Focus baharu mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terbaik dengan enam beg udara, selain pelbagai teknologi bantuan pemandu seperti Enhanced Transitional Stability yang mampu menjangkakan gelinciran dan bertindak lebih awal untuk mengelakkan kereta daripada hilang kawalan dan meningkatkan ciri Active City Stop.

Sistem Active City membantu untuk menghalang dari berlakunya kemalangan dalam kelajuan rendah terutama sekali di kawasan bandar dengan kelajuan sehingga 50km/j. Satu alat pengesan dipasang pada cermin utama untuk mengesan kenderaan yang membrek, bergerak perlahan atau berhenti di hadapan, dan akan terlebih dahulu membrek secara automatik untuk meminimumkan impak pelanggaran.

4. Teknologi tercanggih

– Sistem SYNC™ 2 generasi terkini Ford yang terdiri daripada skrin sentuh warna bersaiz lapan inci mampu mengoperasikan telefon, sistem hiburan dan kawalan suhu dengan hanya menggunakan arahan suara yang mudah.

– Sistem parkir bebas tangan pintar atau dikenali sebagai Enhanced Active Park Assist, dibina berasaskan kepada Parallel Park Assist dengan tambahan ciri Perpendicular Park Assist. Sistem itu akan mengimbas ruang parkir di dan akan mengambil alih kawalan stereng dan membawa kenderaan masuk ke ruang tersebut. Pemandu hanya perlu mengawal gear, brek dan pendikit minyak

– Perpendicular Park Assist mempunyai dua sensor ultrasonik di bahagian belakang kereta yang juga berfungsi untuk mengaktifkan sistem Park-Out Assist.

– Cross Traffic Alert memberi tiga bentuk amaran kepada pemandu sekiranya ia mengesan ada kenderaan yang mendekati dari arah kiri atau kanan dengan jarak sehingga 40 meter.

– Ciri Blind Spot Information System (BLIS) yang menggunakan teknologi radar dengan memberi amaran kepada pemandu apabila ia mengesan pengguna jalan raya yang berada di dalam titik buta dengan menyalakan lampu LED pada cermin sisi.

– Ciri Ford MyKey membolehkan pemilik Focus boleh memprogramkan kunci simpanan untuk mengurangkan kelajuan maksimum, mendapat amaran awal tentang takat bahan api, mengehadkan suara atau mematikan sistem hiburan jika tali pinggang keledar tidak dipakai. Ia boleh memberi lebih jaminan kepada pemilik apabila meminjamkannya kepada pemandu lain yang kurang berpengalaman.

5. Rekabentuk yang sofistikated

Rekabentuk luaran cukup bergaya dan disempurnakan dengan ruang dalaman yang moden. Ruang dalaman yang lebih ringkas dan intuitif membolehkan pemandu mengawal ciri-ciri kenderaan dengan lebih mudah.

Rekaan dalaman yang ringkas juga memberikan ruang yang lebih luas. Ia juga memberikan lebih banyak ruang penyimpanan seperti konsol ubah suai yang boleh menempatkan pelbagai bentuk botol minuman dan cawan.

Focus baharu turut menawarkan tahap kualiti kesenyapan kabin yang mengagumkan hasil penggunaan bahan penyerap bunyi seperti kaca cermin utama, kaca tingkap dan karpet lebih tebal serta penambahan penebat pada kemasan pintu dan enjin agar lebih senyap.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply