ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima sebab mengapa Nissan Navara baharu layak digelar sebagai “Ibu trak”

Advertorial

Views

Bersempena dengan sambutan Hari Ibu pada hari ini, kami nak bercerita sedikit tentang sebuah trak pikap yang digelar “Ibu trak”, iaitu Nissan Navara. Model facelift tersebut telah pun dilancarkan oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) pada pertengahan bulan lalu dan ia ditawarkan dengan enam pilihan varian dengan harga bermula dari RM91,900 untuk varian asas 2.5L Single Cab Manual hingga RM142,200 untuk varian andalan terbaharu, 2.5L PRO-4X Auto.

Mesti ramai yang tertanya-tanya, mengapa ia digelar sebagai “Ibu trak”? Kami rasa mungkin lima sebab ini yang membuatkannya layak untuk menerima gelaran tersebut. Bukan senang nak jadi ibu ni kan? Jom teruskan pembacaan anda.

1. Semakin anggun dan menawan, namun tetap nampak garang.

Bila sebut pasal ibu, kita sudah semestinya terbayang seorang wanita yang anggun dan menawan kan? Ye la, ibu kan “ratu hatiku”, ratu mestilah cantik bukan? Nissan Navara facelift menepati kriteria tersebut dengan menampilkan rekaan yang anggun dengan jeriji hadapan ‘Interlock’ yang besar, persis Nissan Titan. Meskipun wajahnya semakin anggun, namun penampilannya tetap nampak garang. Macam karektor seorang ibu, jarang ibu tak garang, betul tak?

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

2. Lebih berkuasa dan kuat!

Ibu memang kena kuat untuk menjaga anak-anaknya kan? Begitu juga dengan Navara facelift yang sememangnya cukup kuat untuk membawa kapasiti muatan sehingga 1.1 tan. Ini bermakna si ibu trak ini mampu menggalas tugas berat, menerusi dua pilihan penjana yang ditawarkan.

Varian SE Manual dan Single Cab Manual dijana oleh enjin turbo-diesel YD25 4-silinder sebaris DOHC dengan output sederhana yang menghasilkan 163ps pada 3,600rpm dan 403Nm daya kilas pada 2,000rpm yang digandingkan bersama transmisi manual 6-kelajuan.

Varian SE Auto, V Auto, VL Auto dan PRO-4X Auto pula dikuasakan oleh enjin turbo-diesel YD25 4-silinder sebaris DOHC dengan output tinggi yang menjana 190ps pada 3,600rpm dan 450Nm daya kilas pada 2,000rpm yangdipadankan bersama transmisi automatik 7-kelajuan dan mod manual.

3. Lebih keselesaan.

Seorang ibu pastinya akan membuat apa sahaja untuk memberikan keselesaan yang terbaik buat anak-anaknya. Sama seperti Navara facelift yang menawarkan pelbagai ciri keselesaan, antaranya tempat duduk sport separa bucket yang dengan pelarasan manual 6-arah (untuk varian PRO-4X Auto), pemijak bampar belakang bersepadu dan kaca laminasi akustik.

Selain itu, pendingin hawa Dwi Zon Automatik dengan corong udara di belakang, kunci pintar dengan butang penghidup enjin, tempat duduk belakang dikonturkan semula, perehat tangan, dua tempat letak cawan di belakang, 2 slot outlet kuasa 12V dan 4 slot USB turut ditawarkan dan pastinya memberikan perjalanan yang terbaik buat anda.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

4. Ciri keselamatan yang optimum.

Seperti seorang ayah, ibu juga adalah pelindung buat seisi keluarganya. Navara facelift juga begitu dengan menampilkan ciri-ciri keselamatan tercanggih bagi melindungi penumpangnya. Antara ciri-ciri keselamatan yang ditawarkan termasuklah Kawalan Dinamik Kenderaan, Sistem Kawalan Cengkaman, Active Brake Limited Slip Differential, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Gelongsor, Sistem Brek Anti-Kunci, Agihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek.

Ciri keselamatan teknologi Nissan Intelligent Mobility serta enam beg udara SRS dengan cagak ISOFIX dan Top Tether pula ditawarkan pada varian PRO-4X Auto, VL Auto dan V Auto. Jadi anda tidak perlu lagi khuatir lagi dengan ciri-ciri keselamatan sebuah trak pikap kerana Navara facelift ada segalanya bagi melindungi sepanjang perjalanan anda!

5. Lebih pintar

Ibu mestilah seorang yang pintar bagi memudahkan dan melancarkan urusan sehariannya. Navara facelift juga sebuah trak yang pintar kerana ia dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih dan terkini. Ia dilengkapi dengan ciri seperti Amaran Ramalan Perlanggaran Hadapan Pintar, Brek Kecemasan Hadapan Pintar, Amaran Pemandu Pintar, Sistem pengelap cermin dengan penderia hujan, Monitor Pandangan Keliling Pintar dengan Pengesan Objek Bergerak dan Mod off-road, Amaran Berlepas Laluan, Amaran Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Bantuan Lampu Tinggi, Sistem Pemantau Tekanan Tayar, Penderia undur dan pelumpuh (Immobilizer) serta banyak lagi.

Selain itu, pelbagai Aksesori Eksklusif juga ditawarkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana terdahulu). Untuk butiran lebih terperinci, anda boleh ketik pautan ini atau layari laman sesawang nissan.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply