ARKIB

KATEGORI

Buletin

Cuba masuk ke Kelantan – 500 kenderaan diarah patah balik

Berita Tempatan

Views

Sehingga petang semalam, kira-kira 500 kenderaan diarahkan berpatah balik ketika melalui tiga sekatan jalan raya utama untuk memasuki negeri ini. Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain tiada surat kebenaran rentas negeri, pengguna jalan raya juga memberi alasan tidak munasabah.

Menurutnya lagi, seakan bertindak nekad, ada juga sebahagian perantau yang mencetak surat kebenaran rentas negeri yang dimuat turun menerusi laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa tandatangan serta cop kebenaran pihak berkuasa.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Kata beliau, ramai yang diarahkan berpatah balik kerana tiada surat kebenaran rentas negeri, malah ada yang lebih berani apabila mencetak surat itu tanpa sebarang pengesahan (polis). Beliau menganggap tindakan itu sebagai cuba nasib, namun pihaknya berjaya kesan cubaan itu sebelum mereka dikenakan kompaun dan diarahkan berpatah balik.

Tambahnya, paling ramai diarah berpatah balik adalah di sekatan jalan raya sempadan Gua Musang dan Pasir Puteh. Dari segi jumlah kemasukan kenderaan ke Kelantan beberapa hari kebelakangan ini, berlaku peningkatan sebanyak tujuh peratus berbanding hari biasa walaupun negeri itu berstatus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terdahulu, beliau membuat tinjauan di dua sekatan jalan raya dalam mukim Bunut Susu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Paya Ular, Tualang dan Bechah Palas yang berkuat kuasa tengah malam tadi sehingga 22 Mei.

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir. Shafien berkata, seramai 117 yang terdiri daripada anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terbabit dalam penugasan di 13 sekatan jalan raya sempena PKPD itu.

Tiga lokaliti ini membabitkan kira-kira 1,800 penduduk iaitu 500 keluarga yang mana kami rasakan tugasan kali ini tidak semudah seperti sebelum ini kerana merangkumi kawasan yang luas.

Pihaknya juga sudah mengenal pasti sebanyak 30 laluan alternatif termasuk lorong tikus yang terdapat dalam kawasan ini namun yakin bahawa penduduk akan memberi kerjasama kepada pasukan petugas. Dalam masa yang sama, pihaknya amat mengharapkan agar penduduk membuat ujian calitan dengan segera kerana beliau difahamkan kurang daripada 50 peratus yang telah melakukannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis Kontinjen Kelantan

JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
JOM BACA >> Ottimo sedang persiapkan ‘supermoped’ 175cc baharu?
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply