ARKIB

KATEGORI

Buletin

Geely Preface Concept beri petunjuk hala tuju reka bentuk masa hadapan

Berita Tempatan

Views

Sempena Shanghai Motorshow 2019 yang kini sedang berlangsung, rakan strategik Proton, Geely telah mempamerkan sebuah kereta konsep untuk memberi gambaran hala tuju rekaan mereka pada masa depan. Diberi nama Preface Concept, ia menampilkan evolusi bahasa rekaan semesta (Expanding Cosmos) selain memberi petunjuk awal kepada beberapa model baharu yang bakal dilancarkan dalam tempoh dua tahun.

Preface Concept diwar-warkan sebagai “model sedan sport perdana pertama” dari jenama tersebut dan memperlihatkan jeriji yang lebih menonjol dan lebar berbanding sebelumnya. Jeriji baharu tersebut turut menampilkan jejalur hitam tebal menegak di tengah bagi mengapungkan logo Geely secara visual .



JOM BACA >> Perodua Bezza Limited Edition dilancarkan – Hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019

Jeriji gaya baharu ini diapit dengan sepasang lampu hadapan jenis LED yang langsing dan sedikit condong serta rekaan bampar yang lebih ringkas tetapi nampak moden. Ia terus mengingatkan kami kepada model Boyue facelift dan Bo Rui GT yang turut menggunakan bahasa rekaan yang sama.

Reka bentuk model ini dari pandangan sisi menjadikannya nampak lebih sasa dan padu menerusi permainan lekuk serta garisan yang ringkas dan kemas. Tingkap nirbingkai (frameless) dan pemegang pintu yang tersembunyi menjadikan rekaan model ini lebih unik.

JOM BACA >> Tun Dr. Mahathir perkenalkan Iriz dan Persona di Malaysia Autoshow

Di bahagian belakang, DNA rekaan pada model Bo Rui masih lagi terlihat pada model konsep ini namun ia tampak lebih segar dan futuristik terutama sekali pada bahagian lampu. Di ruang kabin, ia menampilkan rekaan yang minimalis dengan permainan dua tona warna yang agak terang.

Papan pemukanya menampilkan dua skrin, satu di bahagian tengah dan satu lagi di belakang stereng yang mempunyai rekaan yang unik. Model ini direka tanpa tiang tengah (tiang-B) yang menjadikan kabin model ini lebih lapang dan selesa.

Geely tidak memberi maklumat terperinci mengenai model ini, tetapi Preface dibina dari pelantar Seni bina Kompak Modular (CMA) yang dibangunkan bersama Volvo yang turut dikongsi oleh model Lynk & Co 01 dan Volvo XC40. Besar kemungkinan Preface adalah sebuah kereta elektrik kerana meter digitalnya memaparkan pek bateri di bawah lantai dan kadar pengecasan 100 peratus.

Kalau Preface ada versi Proton nanti, kami nak namakannya sebagai Babyface, ok tak?

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply