ARKIB

KATEGORI

Buletin

Litar ‘Nurburgring Timur’ dan resort bernilai RM1.3 bilion bakal dibina di Langkawi

Berita Tempatan

Views
Official Video of ORIC, OPen Road International Circuit, Langkawi.

Projek resort bersepadu dan pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa, Open Road International Circuit and Integrated Resorts dengan nilai pembangunan kasar RM1.3 bilion bakal menjadi tarikan baharu di Pulau Langkawi.

Menurut Sinar Harian, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, projek yang akan dilaksanakan di atas tanah seluas 66.7 hektar termasuk lapan hektar tanah kerajaan itu dijangka memberi manfaat kepada sektor ekonomi serta pendapatan penduduk apabila siap dalam tempoh lima tahun lagi.

Beliau berkata, seperti semua sedia maklum, pandemik COVID-19 memberi kesan amat besar kepada ekonomi sejak tahun lepas dengan paling ketara membabitkan sektor pelancongan. Di Langkawi misalnya, hampir semua sektor ekonomi pulau ini terhenti dengan semua kegiatan bergantung kepada penduduk tempatan tanpa adanya aliran masuk pelancong luar.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Sehubungan itu, Permodalan Kedah Berhad (PKB) dengan kerjasama syarikat Open Road Asia Sdn Bhd merancang merancakkan sektor pelancongan di Langkawi melalui cadangan pembangunan litar lumba bertaraf dunia yang dirasakan amat sesuai.

Muhammad Sanusi berkata, pembinaan litar lumba bertaraf antarabangsa berkenaan bakal menjadi tarikan baharu sektor pelancongan di Pulau Langkawi. Katanya, walaupun komponen dinyatakan agak objektif dan mewah, beliau berharap segmen untuk kelas menengah dan rendah turut dimasukkan dalam pembangunan sehingga limpahan pembangunan dapat dinikmati semua.

Sementara itu, pengasas dan penasihat Kumpulan Open Road, Datuk David Goh berkata, Open Road International Circuit (ORIC) and Integrated Resorts (ORIC Integrated Resorts) bukan hanya merangkumi litar pemotoran.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Malah, projek berkenaan akan melibatkan resort bersepadu yang merangkumi hartanah kediaman mewah, hotel bertaraf lima bintang, outlet jualan barangan mewah, pusat pengedaran kenderaan Empat-S, gudang penyimpanan kenderaan mewah, restoran terkemuka dan aneka tarikan pelancongan.

Tambahnya, fasa pertama pembangunan ialah, litar lumba sepanjang 5.8 kilometer (km) yang direka bentuk mengikut topografi sebenar Bukit Malut akan menjadi ‘Nurburgring Timur‘. Tambah beliau, ORIC ini juga akan mencatat beberapa rekod pertama dunia dalam reka bentuk litar lumba, antaranya, satu litar lurus terpanjang di dunia, selekoh dan lengkungan mencabar dan penurunan bukit curam.

Katanya, pembangunan berkenaan akan memberi peluang kepada pelancong dan peminat sukan permotoran dari seluruh dunia untuk menghayati pembangunan luar biasa Pulau Langkawi sambil menikmati kemudahan disediakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply