Selepas memukau peminat permotoran dengan Ioniq 5, Hyundai sekali lagi menggegarkan ‘tulang rusuk’ para peminat trak pikap dengan menyiarkan beberapa foto acah, Santa Cruz. Model trak pikap kompak yang bakal diperkenalkan pada 15 April ini menampilkan gaya yang berbeza dengan model yang sama dalam segmennya.
JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam
Dari segi penggayaan, lenggok reka bentuk model ini banyak dipengaruhi oleh model trak konsep crossover dua-pintu Santa Cruz yang dipertontonkan pada tahun 2015. Pada ketika itu, Hyundai berkata yang mereka ingin menghasilkan trak yang menggabungkan rekaan dalaman seperti kereta dan cara pemanduan yang diluar kebiasaan trak tradisional.
JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?
Santa Cruz akan dihasilkan di Alabama bermula tahun ini dan salah satu sebab mengapa ia menggunakan casis unibody kerana ia berkongsi pelantar dengan model SUV, Santa Fe. Ia sama seperti pesaingnya Honda Ridgeline dan Ford Maverick, namun pengendalian dan penghalusan model Santa Cruz dikatakan jauh lebih baik.
Buat masa ini, Hyundai masih lagi mengunci mulut mengenai butiran teknikal dan ianya hanya akan didedahkan pada 15 April nanti. Besar kemungkinan, Santa Cruz bakal ditawarkan dengan beberapa pilihan enjin, antaranya enjin empat silinder-sebaris 2.5 liter. Nantikan kemunculannya!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
KOMEN TERKINI