ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori kontena bawa muatan sarung tangan getah terbalik, jalan sesak 3km di Gua Musang

Berita Tempatan

Views

Persiapan penduduk di sekitar bandar Gua Musang untuk keluar membeli barangan bagi menyambut Aidilfitri, terjejas selepas sebuah lori kontena yang membawa muatan sarung tangan getah terbalik dan melintang di laluan di Kilometer Tiga Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pagi semalam.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian berlaku apabila lori kontena dipandu Mohd Nor Mizan Md Ghani, 32, dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang terbabas sebelum terbalik dan melintang di tengah jalan dalam kejadian 7.15 pagi itu.

Kata beliau, berikutan kejadian berkenaan, jalan itu terpaksa ditutup untuk memudahkan kerja mengangkat lori terbabit menggunakan kren dan penutupan jalan telah menyebabkan berlaku kesesakan sejauh tiga kilometer. Sebagai alternatif, pengguna jalan raya terpaksa menggunakan jalan di dalam kawasan ladang sawit buat sementara waktu.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori kontena terbabit yang berasal dari Segamat, Johor, mengantuk dan terlelap ketika memandu menyebabkan lori yang dipandunya hilang kawalan lalu terbalik namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota polis sedang mengawal lokasi kejadian bagi mengelakkan kesesakan yang lebih teruk kerana orang ramai dalam perjalanan untuk membuat persiapan menyambut 1 Syawal (hari ini). Tambahnya lagi, kerja-kerja untuk mengalihkan lori kontena itu telah selesai petang semalam.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Info Roadblock JPJ/POLIS

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply