ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercun dilontar ke arah polis ketika cuba suraikan 200 penduduk pangsapuri

Berita Tempatan

Views

Sepasukan anggota polis dilontar mercun ketika menyuraikan kira-kira 200 penduduk yang berkumpul bermain bunga api di Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, awal pagi tadi. Menurut portal MalaysiaGazette, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan aktiviti orang ramai membakar mercun secara terbuka di lokasi berkenaan pada jam 12.50 pagi tadi.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Sebaik tiba di lokasi, pasukan polis Sentul mendapati kira-kira 200 individu dipercayai penduduk pangsapuri berkenaan berkumpul beramai-ramai di kawasan tempat letak kereta dan sedang bermain mercun. Jelasnya, keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun yang tidak terkawal apabila kehadiran polis disedari oleh penduduk pangsapuri itu.

Tambah Eng Lai, anggota polis bertugas di kawasan perumahan itu telah beberapa kali memberi amaran kepada orang awam yang berkumpul itu untuk berhenti bermain mercun dan bersurai namun ia tidak diendahkan. Menurut beliau, semasa pihaknya sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai anggota polis.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Letupan kuat itu dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar penduduk ke arah anggota polis di lokasi. Selepas letupan itu, orang ramai kemudian segera beredar dari kawasan berkenaan. Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan selepas kejadian itu berlaku dan keadaan di lokasi kejadian berjaya dikawal pihak polis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil kerana menakutkan secara jenayah dan larangan membakar bunga api yang memperuntukan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply