ARKIB

KATEGORI

Tular

Pemilik Bezza tular jawab kenyataan media Perodua, katanya masalah masih belum selesai

Tular

Views

Nampaknya ‘perang dingin’ antara pemilik Bezza yang tular semalam dengan Perodua masih belum reda dan sedang memasuki episod yang seterusnya.

Jika malam tadi Perodua mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan, pemilik kereta Bezza tular itu, Nagakanni Subramaniam turut mengeluarkan kenyataan balas menerusi akaun Facebooknya.

Katanya, meskipun Perodua sudah menjawab, namun masih belum ada solusi. Dia juga berterima kasih, terharu dan sangat terhutang budi pada semua yang kongsikan serta tularkan hantarannya, termasuk dalam kalangan media.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dia ingin memperbetulkan sedikit fakta berhubung ayat “We have taken several actions to resolve the matter including by offering her a courtesy car and we have proposed to buy back her car“.

Jelasnya, solusi Perodua adalah untuk dia membuat pembelian kereta kedua dengan cara mengemukakan pinjaman kereta kedua.

Dia turut mempersoalkan, ada atau tidak jaminan secara hitam putih yang mengatakan kereta pertamanya akan dibeli semula dan dia tidak perlu membayar pinjaman pertama? Jawapannya, tiada.

Tambahnya, sudah lebih dua (2) bulan masih belum ada apa-apa maklumat secara terperinci mengenai pembelian balik, tempoh pembelian balik, pembayaran pinjaman dan lain-lain.

JOM BACA >> Proton daftar lima kategori tanda dagang nama X80, versi kembar SUV coupe Geely Xingyue/Tugella (FY11) atau Xingyue L/Monjaro (KX11) ke?

Isunya mudah. Dia membeli kereta dengan Perodua, enjin kereta rosak kononnya disebabkan ada benda asing seperti gula, dia tidak mendapat penggantian kereta baharu dan masih perlu membayar ansuran bulanan kereta itu setiap bulan.

Dia turut mengalu-alukan sekiranya Perodua mahu membeli keretanya. Namun, turut mempersoalkan di mana dokumen hitam putih yang masih belum diperolehinya sehingga ke hari ini.

Ujarnya lagi, jangan membuat kenyataan media sekadar untuk meredakan suasana, tetapi sebenarnya tidak menyelesaikan masalahnya. Dia hanya mahukan penyelesaian, bukan untuk bergaduh atau tular.

Nota kaki: Makin ‘panas’ pula isu ini, Harap kedua-dua belah pihak dapat duduk semeja, berunding secara baik dan menyelesaikan isu ini secara ‘menang-menang’. Kita nantikan apa kesudahannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Nagakanni Subramaniam

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply