ARKIB

KATEGORI

Buletin

Low Yuan Lung bos baharu Hyundai-Sime Darby Motors

Views

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengumumkan pelantikan En. Low Yuan Lung sebagai Pengarah Urusan yang baharu berkuatkuasa 1 November 2018. Beliau memulakan kariernya dalam industri automotif seawal tahun 1996 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah Operasi Cawangan untuk Proton Edar Sdn Bhd pada 2004.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Kemudian beliau menyertai Sime Darby Motors pada 2013 sebagai Ketua Jualan untuk Peruncitan Auto Bavaria yang merupakan jenama automotif mewah. Setahun kemudian beliau dilantik sebagai Ketua Pengedar untuk Auto Bavaria Glenmarie dan Peruncitan Auto Bavaria. Pada tahun 2016, portfolio beliau berkembang di Sime Darby Auto Selection dan telah dinaikkan pangkat kepada Ketua Operasi Peruncitan.

Dengan pengalaman luasnya dalam industri automotif, pelantikan Low akan membantu HSDM ke tahap yang lebih tinggi. Beliau kini bersedia untuk menstruktur semula syarikat selaras dengan strategi Hyundai Motor Company ke arah mempercepatkan inovasi. Dengan pengalamannya, kedudukan Hyundai sebagai jenama kereta penumpang Moden Premium akan akan dipertingkatkan lagi pada masa hadapan.

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply