ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON: Pemilik kereta lama dan Proton mangsa penghapusan subsidi RON95? Pemilik kereta mewah untung?

Views
Ikhlas saya katakan subsidi untuk kereta 1.5 adalah polisi bengap. Buat niaya orang

Kami tahu ramai yang bengang sebab pengumuman pemberian subsidi bersasar 30 sen untuk RON95 bagi kereta berkapasiti bawah 1.5 liter dengan kouta 100 liter sebulan dan motosikal 125cc ke bawah dengan kouta 40 liter sebulan dalam pembentangan Belanjawan 2019 petang semalam. Ia seolah-olah menafikan hak pemilik kereta marhaen seperti Proton yang mempunyai lebih kapasiti dan bakal menguntungkan mereka yang ‘terlebih berduit’ yang menggunakan kereta mewah yang berkapasiti 1.5 liter ke bawah.

Betul ke macam tu? Kami pun belum tahu bagaimana mekanisme dan cara pelaksanaan pemberian subsidi bersasar ini bakal dilakukan pada suku kedua 2019 ini bakal dibuat. Jadi dalam video ini Editor kami mengulas dan memberi pandangan beberapa cara yang dirasakan lebih berkesan untuk pemberian subsidi bersasar tersebut dan turut menyenaraikan model dan jenama kereta yang bakal terima dan dinafikan hak tersebut. Nak tahu kena lah tonto video hingga ke penghujung.

JOM BACA >> INTIP: Stok Proton X70 mula tiba, Iriz MC2 ronda-ronda dekat McD

Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di Funtasticko TV untuk lebih banyak lagi video-video menarik yang lain! Jom tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON: Grab vs Teksi – Bukan saja drebar teksi, kami pun mungkin tak ada kerja ‘review’ kereta nanti.”.

Grab vs Teksi Bukan saja drebar teksi, saya pun mungkin tak ada kerja review kereta nanti

JOM BACA >> INTIP: Proton Iriz MC2 sah pakai antena sirip jerung

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

10 Comments


  • Bukan ke saga 1.3, iriz 1.3, ertiga 1.4 tu kereta rakyat marhaen? Takkan nak bagi subsidi pada kereta atas 1.5 pulak. Betul la apa diorang buat tu. Kan proton akan guna engine geely. Geely takda 1.6 rasanya. 1.5 je. Yang beli proton 1.6 mmg patut dah sedia maklum 1.6 tu lebih guna minyak. Ubah diri. Bukan suruh kerajaan ikut kita.


    • Kereta geely yg proton dah rebadge setakat no hanya enjin 1.8. Kereta preve 1.6 yg berharga RM60k kau kata kereta mampu tengok? Dey, Baca semua sejarah & spec kereta la. Iriz 1.6 2014 lebih jimat minyak banding myvi 1.5 2015. Exora 1.6 CPS, turbo pe semua tu jauh lebih jimat minyak banding saga iswara 1.5 lama tu.. Pastu ingat rakyat marhen kena pandu kereta 1.5 kebawah juga ke? Diorang pun nak sedap bawak dan prestasi lebih baik, nak ckp guna banyak minyak tu alasan je.. Enjin sekarang ada teknologi baru kan? So jangan samakan enjin 1.6 yg lama kuat makan minyak tu. Road tax pulak takde beza pun antara 1.3 (RM70) & 1.6 (RM90).
      .
      Pastu kena ambil tahu & faham gak.. Ada juga rakyat marhen yg tak mampu beli kereta baru walaupun axia 1.0 dan hanya mampu beli kereta2 terpakai proton seperti gen2 1.6 IAFM 2003, waja 1.6 enjin petronas 2002, satria neo 1.6, persona 1.6 IAFM 2007, Saga BLM 1.6 (2009) & FL 1.6 (2011), Saga FLX SE 1.6 (2012), Wira perfomance 1.6 & 1.8 (sebenarnya wira dulu bukan hanya 1.3 & 1.5 je), dan akhir sekali perdana yg lama tu 1.8 & 2.0 V6.


    • Kereta geely yg proton dah rebadge setakat no hanya enjin 1.8. Kereta preve 1.6 yg berharga RM60k kau kata kereta mampu tengok? Dey, Baca semua sejarah & spec kereta la. Iriz 1.6 2014 lebih jimat minyak banding myvi 1.5 2015. Exora 1.6 CPS, turbo pe semua tu jauh lebih jimat minyak banding saga iswara 1.5 lama tu.. Pastu ingat rakyat marhen kena pandu kereta 1.5 kebawah juga ke? Diorang pun nak sedap bawak dan prestasi lebih baik, nak ckp guna banyak minyak tu alasan je.. Enjin sekarang ada teknologi baru kan? So jangan samakan enjin 1.6 yg lama kuat makan minyak tu. Road tax pulak takde beza pun antara 1.3 (RM70) & 1.6 (RM90).
      .


  • Nampak gayanya model proton dari Saga hingga Perdana perlu menggunakan enjin 1.3L sama ada NA/supercharger/Turbocharged sebelum suku kedua 2019.. Begitu juga dgn Ezora dan X70 perlu ditambah varian 1.3L supercharger/turbocharged bagi memenuhi tuntutan kehendak semasa… Jika berfikir di luar kotak, Proton perlu pasaran luar negara, bukan di Malaysia… Kerana tiada sokongan besar Dari dalam negara..

    Kereta super berharga lebih RM1juta 1.5L layak terima subsidi minyak.. Kereta mewah lebih RM300k 1.5L juga layak.. Kereta konti moden dgn harga Rm100k keatas kebanyakannya layak

Leave a Reply