ARKIB

KATEGORI

Buletin

Majlis Bandaraya Ipoh guna teknologi penurapan jalan baharu

Berita Tempatan

Views

Majlis Bandaraya Ipoh merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Perak dan Zon Utara bakal melaksanakan kaedah penurapan jalan menggunakan teknologi baharu yang berpotensi mengurangkan kos untuk jangka masa panjang.

Menurut MBI, PBT tersebut terpilih bagi melaksanakan Projek Perintis Penurapan Semula Jalan menggunakan teknologi asfalt terubahsuai getah bekuan atau cuplump modified asphalt (CMA), selain Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Jelas PBT tersebut, CMA adalah kaedah penurapan jalan baharu menggunakan bitumen (tar) terpinda dengan campuran getah bekuan sebagai bahan campuran asfalt.

Campuran itu boleh meningkatkan kualiti turapan dengan mengurangkan kesan retakan serta aluran dan memanjangkan jangka hayat turapan.

Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan jangka masa panjang jika dibandingkan dengan kaedah turapan secara konvensional sebelum ini.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Menurut MBI, antara kelebihan CMA adalah daya tahan terhadap beban berat di mana sesuai dilaksanakan di kawasan perindustrian dan jalan utama, ketahanan terhadap cuaca ekstrem serta terhadap pencemaran bahan bakar.

Selain itu, ialah kualiti permukaan turapan yang lebih baik apabila CMA dapat menghasilkan permukaan turapan yang lebih mampat dan kurang ronggaan.

Tambah MBI, kerja penurapan jalan itu dijangka bermula pada pertengahan Oktober ini dan bakal siap dalam tempoh empat hingga enam minggu. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply