ARKIB

KATEGORI

Buletin

Op Khas Motosikal: JPJ sita Yamaha Y15ZR buang brek belakang, guna tayar sotong

Berita Tempatan

Views

Ubah suai motosikal secara ekstrem tanpa brek belakang dan guna tayar sotong antara yang dikesan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menerusi Op Khas Motosikal di Plaza Tol PJS, di Petaling Jaya pada Rabu.

Timbalan Pengarah JPJ Selangor, Ahmad Kamarunzaman Mehat berkata, seorang penunggang lelaki berusia 25 tahun ditahan dalam operasi pada jam 5 petang itu.

Pemeriksaan pada motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangnya mendapati banyak kesalahan dikesan, antaranya tiada brek belakang, guna tayar sotong dan tiada cermin sisi.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Beliau berkata, soal siasat awal, lelaki itu mendakwa terpengaruh dengan rakan selain media sosial serta mahu mengikut trend semasa kononnya mahu menambah kelajuan.

Katanya, susulan itu, operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Selangor, Mazlini Yusof telah mengambil tindakan sita ke atas motosikal yang tidak mempunyai cukai jalan itu.

Mengulas lanjut, pada hari sama, JPJ Selangor turut melaksanakan operasi terbabit di beberapa lokasi sekitar negeri itu seawal 8 pagi sehingga kira-kira jam 11.50 malam.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Tambah Ahmad Kamarunzaman, sepanjang operasi itu, pihaknya telah memeriksa 1,506 motosikal dan 951 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan yang dikesan antaranya ialah tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan kesalahan teknikal.

Justeru, JPJ mengingatkan penunggang dan pemilik motosikal supaya mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

Sebarang aduan kesalahan lalulintas, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau melalui platform aplikasi e-aduan berserta butiran pengadu dan aduan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Selangor

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply