ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2019 – Perodua tawar hadiah wang tunai sehingga RM20,000

Berita Tempatan

Views

Perodua menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM20,000 secara keseluruhan serta tawaran eksklusif kepada pengunjung Malaysia Autoshow 2019, yang bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) bermula dari 11hb-14hb April 2019.

Acara yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), ini akan mempamerkan tawaran daripada pelbagai jenama automotif di negara ini. Pengunjung yang menempah Myvi, Axia, Bezza atau Alza di acara tersebut boleh menikmati rebat khas sebanyak RM500, peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM20,000 sepanjang empat hari atau pelbagai peranti elektronik, serta promosi ‘3 Hassle Free Bonus’, semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Promosi ‘3 Hassle Free Bonus’ merangkumi Perlindungan Aset Dijamin selama tiga tahun dan Perlindungan Kemalangan Peribadi selama tiga tahun semasa pembaharuan insurans dan/atau servis, serta baucar RM300 yang boleh digunakan untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Datuk Dr Zahari Husin berkata, inilah masa dan tempat yang terbaik untuk menjadi pelanggan Perodua kerana pelbagai tawaran menarik untuk produk dan perkhidmatan Perodua hanya boleh didapati di Malaysia Autoshow 2019, .

Pakej pelincir terpilih boleh didapati pada diskaun sehingga 15 peratus dan aksesori terpilih sehingga 10 peratus. Koleksi GearUp yang penuh bergaya turut ditawarkan pada diskaun 10 peratus. Pengunjung yang berbelanja RM150 dan lebih untuk pembelian barangan selepas-jualan boleh membawa pulang bakas air (tumbler) Perodua, manakala mereka yang berbelanja RM150 dan lebih dengan membeli e-baucar akan mendapat payung Perodua (sementara stok masih ada).

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Selain itu, pengunjung yang membeli atau menempah kitbadan atau pakej GearUp akan mendapat e-baucar semasa pendaftaran kenderaan baharu mereka yang ditempah di acara ini, bernilai RM150 untuk Myvi dan Alza, RM200 untuk Axia dan RM300 untuk Bezza. E-baucar ini boleh ditebus untuk sebarang pembelian dan perkhidmatan di pusat servis Perodua.

Kenderaan konsep Perodua dari Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS18), iaitu X-Concept dan Myvi GT, akan turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2019. Perodua juga akan membawa Kenderaan Pra-Milik Sah bagi mereka yang mahukan ketenangan minda menyeluruh semasa membeli kenderaan terpakai keluarannya.

Pengunjung juga boleh mengalami teknologi Advanced Safety Assist (ASA) yang terdapat pada Myvi dan Aruz, untuk memahami dan menghargai bagaimana ia berfungsi untuk mengelakkan pelanggaran dan situasi yang tidak diingini. Kunjungi reruai Perodua di Dewan A, MAEPS dari 11hb-14hb April untuk tawaran terbaik Perodua bulan ini.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply