ARKIB

KATEGORI

Buletin

Konvoi ‘Proton X70 Amazing Trip’ selamat tiba di China

Berita Global

Views

Kalau ikutkan artikel ini sepatutnya dah agak lewat untuk dikeluarkan, tapi memandangkan kami hanya memperolehi bahan rujukan petang semalam dan atas permintaan agensi yang berkenaan, jadi kami ‘terpaksa’ kongsikan juga cerita ini dengan anda.

Ibarat “sirih pulang ke gagang”, akhirnya konvoi Proton X70 Amazing Trip telah selamat tiba di China. Dalam artikel kami pada awal bulan lalu, kami ada kongsikan catatan ringkas perjalanan selama 5 hari peserta konvoi ini yang telah merentasi beberapa buah negara antaranya Malaysia, Thailand, Laos dan tiba di sempadan China. Berikut adalah sambungan catatan perjalanan untuk hari ke-6 dan seterusnya.

Dari sempadan China ke ibu pejabat Geely di Hangzhou

Hari ke-6 – Mengla ke Pu’er, 250km

  • Selepas masuk ke sempadan, peserta perlu memohon lesen memandu sementara bagi membolehkan mereka memandu secara sah di China.
  • Semua kereta telah diperiksa oleh polis trafik di Mengla sebelum menerima pelekat cukai jalan dan lesen memandu sementara.
  • Daerah Mengla berada di bawah bidang kuasa Xishuangbanna, di wilayah selatan Yunnan, China. Konvoi kemudiannya meneruskan perjalanan dari Mengla ke Pu’er, berhenti seketika di Wild Elephant Valley.
  • Wild Elephant Valley merupakan salah satu daripada taman hutan yang paling menarik di dunia dan terkenal dengan hutan hujan tropika purba dan spesies gajah liar Asia. Dikatakan kira-kira 130 gajah liar sering muncul di taman ini.

Hari ke-7 – Pu’er ke Shilin, 480km

  • Nama daerah Pu’er diambil sempena teh Pu’er yang merupakan produk utama kawasan tersebut.
  • Dari sana konvoi meneruskan perjalanan ke Stone Forest di Shilin yang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Kawasan ini terkenal dengan tiang-tiang batu kapur, yang mewakili landskap karst selatan China.
  • Sepanjang perjalanan ke Shilin, peserta perlu melalui kebanyakan lebuh raya lurus dan ciri kawalan jelajah adaptif Proton X70 membantu untuk kenderaan mereka kekal dalam jarak yang selamat dan memastikan pemandu mematuhi had laju.
  • Ketika konvoi menuju ke utara, cuaca menjadi semakin sejuk, yang secara signifikan menurunkan tekanan pada tayar mereka. Sistem pemantauan tekanan tayar pada SUV ini banyak membantu untuk memantau tekanan tayar dengan mudah.

JOM BACA >> MESTI BACA : Kereta Terbang – Mitos atau realiti?

Hari ke-8 – Shilin ke Huangguoshu, 360km

  • Rutin harian peserta bermula dengan bangun seawal jam 6 pagi, sarapan pagi jam 7 pagi dan jam 8 pagi adalah masa untuk berlepas. Ini perlu kerana ada banyak tempat menarik perlu mereka lalui.
  • Selepas sarapan pagi, mereka meneruskan perlajanan ke jalan 24-selekoh di Guizhou.
  • Memandu di laluan selorong ini tidak begitu berbahaya kerana ia kelihatan dari jauh. Peserta perlu mendaki 350 meter sepanjang 4 km, dan untuk mengatasi selekoh tersebut, peserta hanya perlu menukar tetapan stereng kepada mod Sport bagi membolehkan mereka mengendalikan halangan tersebut tanpa sebarang masalah.
  • Mereka kemudian tiba di Qinglong, sebuah bandar yang dikenali semasa zaman perang sebagai Annan, dan mereka berhenti untuk makan tengah hari.

Hari ke-9 – Huangguoshu ke Fenghuang, 510km

  • Perjalanan diteruskan ke Fenghuang, yang merupakan salah satu daripada “Kota Purba” yang terkenal di China.
  • Ia bukan satu masalah besar kepada Proton X70, walaupun dengan berat 1700kg tanpa penumpang dan bagasi, ia tetap gagah dengan enjin 1.8-liter turbo yang menjana 182 kuasa kuda dan 285Nm daya kilas.
  • Proton X70 turut cemerlang dalam penggunaan bahan bakar dengan purata antara 7.4 hingga 7.8 L/100km.

Hari ke-10 – Fenghuang ke Zhangjiajie, 220km

  • Konvoi terus menghala ke Zhangjiajie yang terletak di tengah China, barat laut wilayah Hunan, lebih 1,000km dari Shanghai dan Beijing.
  • Suspensi yang selesa memastikan Proton X70 menyerap segala permukaan jalan yang tidak rata sekaligus memberikan pemanduan yang lebih tenang dan kabin yang senyap.
  • Pada penghujung setiap perjalanan, konvoi boleh merujuk kembali jarak pemanduan mereka menerusi aplikasi Proton Link. Bukan sahaja jarak pemanduan, ia membolehkan mereka untuk melihat status data kenderaan seperti takat minyak, baki jarak perjalanan, purata penggunaan bahan bakar dan log perjalanan bersama dengan lokasi semasa kenderaan.

Hari ke-11 – Zhangjiajie

  • Pagi yang suram dan dingin dengan suhu hampir mencecah 8 darjah Celcius. Walaubagaimanapun perjalanan tetap diteruskan ke Zhangjiajie.
  • Mujur sistem pendingin hawa Proton X70 dilengkapi dengan pemanas, jadi ia membolehkan kabin lebih panas sepanjang perjalanan.
  • Kabus turut menjadi halangan dengan jarak penglihatan yang terhad, namun lampu kabus dan lampu nyalaan siang LED (DRL) memastikan konvoi mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

Hari ke-12 – Zhangjiajie ke Yichang, 450km

  • Konvoi singgah di Empangan Tiga Gaung sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat 4S Geely di Yichang.
    Yichang merupakan sebuah bandar raya moden di tebing Sungai Yangtze di Wilayah Hubei. Yichang terletak di hujung sebelah timur Xiling Gorge, salah satu daripada tiga gaung di kawasan Empangan Tiga Gaung.
  • Peserta sempat mengambil foto kenang-kenangan bersama Geely Boyue dan menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pengedar.
  • Selain itu mereka diperkenalkan dengan beberapa model yang dijual di sana.
  • Dr Ling Tung King, penganjur konvoi ini menyampaikan ucapan penghargaan dan jambangan bunga turut diberikan kepada hadirin wanita sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac.

JOM BACA >> Terengganu batal pembelian bas dua alam – RM2.7 juta telah dibayar

Hari ke-13 – Yichang ke Jingdezhen, 700km

  • Konvoi meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya Jingdezhen yang diiktiraf dunia sebagai Ibu Kota Tembikar.
  • Pilihan pelbagai Mod Pemanduan seperti Eco, Normal dan Sport pada Proton X70 memastikan perjalanan lebih lancar dan serasi dengan gaya pemanduan serta keadaan jalan.
  • Kebanyakan pemandu menggunakan mod Eco bagi memastikan penjimatan bahan bakar di samping prestasi.
  • Proton X70 didatangkan dengan tempat duduk berkuasa untuk pemandu, menjadikan pertukaran pemandu lebih mudah sepanjang perjalanan jauh. Versi Premium 2WD pula mempunyai fungsi tambahan pelarasan kuasa lumbar 2-cara untuk lebih keselesaan.

Hari ke-14 – Jingdezhen ke Wuyuan, 80km

  • Peserta konvoi mengambil kesempatan untuk membeli cenderahati di Jingdezhen yang sangat terkenal dengan produk tembikar.
  • Jadi dengan kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40, Proton X70 mempunyai banyak ruang untuk menyimpan barangan tersebut.

Hari ke-14 – Wuyuan ke Huangshan, 230km

  • Di antara Wuyuan dan Huangshan, perjalanan konvoy banyak melibatkan pendakian dan penurunan bukit.
    Pemandu memanfaatkan ciri Kawalan Turun Bukit pada cerun yang mencabar bagi memastikan kelajuan turun ke 4km/j.
  • Bagi peserta yang memandu Proton X70 Executive AWD, mereka memanfaatkan pertukaran automatik antara FWD dan AWD semasa melalui permukaan jalan yang tidak sekata.
  • Terletak di Wilayah Jiangxi, Wuyuan terletak di timur bandar bersejarah negara – Quzhou, di barat Jingdezhen, dan di utara Huangshan. Ia bukan sahaja merupakan kawasan pelancongan budaya dan ekologi yang terkenal, ia telah lama dikenali sebagai “Kampung Halaman Buku”, “Kampung Halaman Teh”, dan juga “kampung yang paling indah di China”.
  • Huangshan, merupakan salah satu destinasi pelancongan paling popular di China, mempunyai landskap semula jadi yang indah dan kaya dengan sejarah.

Lawatan ke ibu pejabat Geely di Hangzhou, China

  • Perjalanan ke sini mengambil masa 18 hari dengan jarak sejauh 7,000km.
  • Sepanjang perjalanan, Proton X70 terbukti di jalan raya dan berjaya mengharungi pelbagai laluan dengan enjin 1.8 TGDI dan pelbagai ciri pintar.
  • Peserta kemudiannya dibawa melawat ke ibu pejabat Geely dan turut dibawa ke Geely Experience Centre.
  • Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha Proton untuk membina hubungan berkekalan dengan pemilik X70, dan mengenali lebih lagi tentanng bagaimana Geely berubah kepada salah syarikat automotif yang paling berkembang pesat.
  • Mereka diberitahu yang Geely memilik lesen pengeluaran dari kerajaan China pada 2001. Pada 2012, ia tersenarai dalam syarikat Fortune 500.
  • Peserta diperlihatkan dengan produk terbaharu yang sedang dibangukan oleh syarikat tersebut dan berpeluang untuk melihat model MPV terkini, Jia Ji.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift sedang diuji
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply