ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow bakal kembali tahun depan (2023)!

Berita Tempatan

Views

Berita baik buat peminat automotif tanah air! Setelah terpaksa ‘menyepikan diri’ selama beberapa tahun akibat pandemik COVID-19, akhirnya salah satu acara permotoran terbesar di Malaysia bakal kembali!

Menerusi satu hantaran di laman Facebooknya beberapa hari lalu, Malaysia Autoshow secara rasminya mengumumkan, pameran automotif tahunan itu akan kembali diadakan pada tahun hadapan (2023).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Edisi 2023 bakal menjanjikan pelbagai pameran automotif yang mengagumkan, teknologi & inovasi terkini, selain hiburan langsung yang menakjubkan, khusus buat peminat tegar automotif serta pencinta teknologi.

Malaysia Autoshow 2023 (MAS2023) yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Mei 2023 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai MAS2023, anda boleh kunjungi reruai 2164 di, Hall 6, sempena acara EVM Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), yang akan berakhir hari ini (29 September 2022).

Orang ramai juga berpeluang untuk memenangi tiket dan cenderahati MAS2023 dengan mengikuti serta like dan share laman Facebook rasmi mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Malaysia Autoshow

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply