ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malindo Air kini dikenali sebagai Batik Air

Berita Tempatan

Views

Syarikat penerbangan serantau yang berpangkalan di Malaysia, Malindo Air, mengumumkan bahawa ia kini secara rasminya dijenamakan semula sebagai Batik Air.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah memberikan Sijil Pengendali Udara (AOC) baharu kepada Malindo Airways Sdn Bhd untuk menjalankan perniagaan sebagai Batik Air (dba Batik Air) berkuat kuasa 28 April 2022.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Penjenamaan semula itu adalah sejajar dengan matlamat Kumpulan Lion untuk mewujudkan identiti bersama bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh dalam kumpulan itu.

Dengan kelulusan tersebut, Batik Air kini akan dapat menjalankan perniagaan yang lebih baik untuk pemindahan lancar, sekali gus memanfaatkan KLIA sebagai hab transit untuk Lion Group of Airlines.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Kapten Mushafiz Bin Mustafa Bakri, pihaknya berharap dengan jenama baharu itu, mereka akan dapat menawarkan perkhidmatan baharu.

Proses penjenamaan semula itu akan dijalankan secara berperingkat dan Batik Air akan berkomunikasi dengan penumpang dan rakan kongsinya secara progresif semasa pelancaran.

Dengan pembukaan semula sempadan dan peningkatan beransur-ansur dalam permintaan untuk perjalanan, Batik Air akan menambah beberapa buah lagi pesawat B737 bagi menawarkan perkhidmatan yang lebih baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit CAPA – Centre for Aviation

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply