ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton kembali ke Afrika Selatan, lantik Kumpulan CMH sebagai pengedar rasmi

Berita Tempatan

Views

Proton hari ini melantik Kumpulan CMH sebagai pengedar rasminya di Afrika Selatan. Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah diadakan secara maya dan kumpulan pertama kenderaan siap bina (CBU) bakal dijual pada bulan September.

Penghantaran pertama akan diketuai oleh dua model SUV, iaitu X50 dan X70 dan ia akan diikuti dengan model sedan Saga, yang kembali ke negara itu selepas jualan berakhir pada tahun 2012.

Proton meramalkan jualan yang kukuh bagi tahun ini dan menyasarkan lebih daripada dua kali ganda jumlahnya pada tahun 2023.

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

Untuk suku pertama tahun ini, jumlah jualan eksport telah meningkat sebanyak 175 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2021.

Jualan dijangka bertambah kerana syarikat bersasaran untuk meningkatkan eksport lebih daripada 300 peratus pada akhir tahun ini.

Pada tahun 2010, Proton mengeksport 29,833 unit ke beberapa pasaran luar negara. Angka ini berkurangan kepada hanya 248 unit pada 2017, walaupun jumlahnya mengalami peningkatan secara beransur-ansur.

Tahun lalu, sebanyak 3,018 kenderaan Proton dijual di luar negara, iaitu lebih dua kali ganda daripada 1,508 unit yang dieksport pada tahun 2020.

JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian

Untuk tahun 2022, Jabatan Jualan Antarabangsa menyasarkan untuk meningkatkan jualan eksport kepada 10,000 unit.

Pertumbuhan sedemikian diperkukuhkan bukan sahaja dengan memasuki pasaran baharu tetapi juga meningkatkan operasi pemasangan (KD) di Pakistan, Kenya dan Bangladesh, manakala Sri Lanka akan bermula pada separuh kedua tahun ini.

Bermula dengan 12.8 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada tahun 2019, meningkat kepada 30.2 peratus pada tahun 2020 dan mencecah 60.9 peratus pada tahun 2021, sekali gus menjadikannya jenama pengeksport kenderaan utama negara.

Menurut Pengarah Jabatan Jualan Antarabangsa Proton, Steven Xu, matlamat jangka panjang syarikat adalah eksport, bagi mengembangkan jualan keseluruhannya kerana TIV di Malaysia dijangka tidak banyak berubah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply