ARKIB

KATEGORI

Tular

Mampu pakai Proton X50, tapi culas nak bayar tol

Tular

Views

Seorang pemandu kereta jenis Proton X50 antara yang ditahan pihak Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) selepas culas membayar tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50.

KOSMO! ONLINE melaporkan, menerusi ciapan Twitter Prolintas selaku pengendali Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), lelaki tersebut ditahan pihaknya di Plaza Tol Dato’ Keramat malam tadi.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

“Hasil usaha mengesan penceroboh tol yang dijalankan secara kerap, beberapa kenderaan telah berjaya ditahan di plaza tol tersebut, AKLEH.

“Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa dan lokasi sama,” katanya hari ini.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Dalam pada itu, Prolintas terus giat menjalankan operasi mengesan penceroboh tol melalui pasukan operasi lebuh raya bagi menahan pengguna tidak bertanggungjawab agar melangsaikan tunggakan bayaran tol.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai menyindir lelaki tersebut mampu membeli kereta baharu, tetapi tidak berkemampuan membayar tol.

“Kereta baharu boleh beli, tapi tak mampu nak bayar tol,” kata seorang pengguna. “Kalau tol pun ‘sengkek’ nak bayar, baik kau pakai Perodua Axia saja. Tak payah gedik nak pakai kereta besar,” sindir seorang lagi pengguna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit PROLINTAS AKLEH

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply