ARKIB

KATEGORI

Tular

Mabuk rupanya, kereta abang sendiri jadi mangsa

Tular

Views

Seorang lelaki yang disyaki berada dalam keadaan mabuk bertindak merosakkan kereta milik abang sendiri yang diparkir di kawasan Flat Sri Perak, Sentul, kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihak polis menerima aduan daripada seorang lelaki tempatan semalam berhubung insiden cermin kereta miliknya telah dipecahkan.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Siasatan pihak polis mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 5.17 petang kelmarin yang mana ia dilakukan oleh adik pengadu sendiri yang berada dalam keadaan mabuk.

Suspek yang berumur 24 tahun bertindak memecahkan cermin kereta dengan membaling objek dipercayai batu.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Menurutnya, suspek juga merosakkan pemegang pintu kereta dan mencabut bilah penggelap cermin (wiper) hadapan kereta tersebut.

Jelas beliau, pihak polis sedang berusaha mengesan suspek yang disyaki telah melarikan diri selepas insiden tersebut. Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply