ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tol tidak dapat dihapuskan akibat masalah kewangan – Menteri Kerja Raya

Views

Berita ini sudah pasti membuatkan hari anda bertukar murung. Astro Awani yang memetik sumber berita dari Bernama melaporkan, kerajaan tidak dapat menghapuskan kutipan tol disebabkan masalah kewangan semasa negara, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata tidak betul sekiranya ada yang beranggapan kerajaan Pakatan Harapan yang baharu boleh menamatkan kutipan tol dalam masa dua atau tiga bulan. Kutipan tol seperti sedia ada akan diteruskan sehingga kedudukan kewangan negara jadi lebih kukuh dan ini bermakna kerajaan sedang melihat kepada lain-lain alternatif. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar Persidangan “Malaysia: A New Dawn 2018” semalam.

JOM BACA >> Sultan Johor pandu uji Proton X70

Baru berkata kos sebenar penyelenggaraan jalan raya persekutuan setiap tahun adalah kira-kira RM2 bilion, namun kementerian Kerja Raya hanya menerima antara RM600 juta dan RM800 juta sahaja dari bajet tahunan bagi tujuan itu. Malah kementerian pula diminta berusaha mengurangkan lagu jumlah tersebut dan menerima kurang 50 peratus daripada apa yang diperlukan.

Selain itu ada juga kerja-kerja penyelenggaraan yang tertangguh sekitar 30 peratus yang perlu dilaksanakan, jika ia tidak dapat dilaksanakan dan jumlah kerja yang tertangguh akan melonjak kepada 40 atau 50 peratus. Keselamatan pengguna jalan raya amat penting, oleh itu kementerian Kerja Raya akan merayu kepada Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan sewajarnya yang diperlukan. Jika kerja-kerja penyelenggaraan ini tidak dijalankan, lebih banyak lagi jalan raya akan berlubang, dan akan timbul pula isu lain nanti.

JOM BACA >> HANGAT: Kenapa Editor kami tak percaya syarikat kenderaan nasional baru boleh hasilkan model baru tahun 2020?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Maksudnya, selama ni diorg sembang je lebih. Babi pun boleh terbang. Bila diberi peluang untuk pegang betul2 portfolio, serupa jugak akhirnya spt kerajaan sebelum ni. Maksudnya, kerajaan sebelum ni pum dah jaga dengan baik kewangan negara. Cuma beberapa ketirisan yg tidak diambil tindakan. Mana ada negara dlm dunia ni yang takda ketirisan. Ini semua soal individu

Leave a Reply