ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masuk hutan simpan tanpa permit, ADUN Teratai antara 29 individu ditahan

Berita Tempatan

Views

Seramai 29 individu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong ditahan kerana didakwa memasuki Hutan Simpan Ulu Jelai (HSUJ), Lipis tanpa permit, hari ini.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, kumpulan individu dari Selangor dan Kuala Lumpur itu ditahan pihaknya dan polis di Kampung Rakoh, Pos Lenjang, Sungai Koyan, Lipis pada jam 8 pagi.

Katanya, turut ditahan bersama kumpulan ini adalah ADUN Teratai yang beralamat di Bandar Mahkota Cheras, Selangor, manakala sebanyak 11 kenderaan pacuan empat roda disita.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Siasatan awal mendapati, kumpulan ini sudah memasuki HSUJ sekitar jam 11 pagi semalam tanpa kebenaran dan dimaklumkan untuk memberi bantuan makanan kepada penduduk Orang Asli Pos Lenjang, Lipis.

Beliau berkata, semua suspek itu dibawa ke Balai Polis Sungai Koyan untuk saringan kesihatan dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 47 dan 88 Akta Perhutanan Negara 1984, masing-masing berkaitan keperluan permit memasuki hutan simpan dan kuasa menangkap, menyita serta menyiasat oleh pegawai perhutanan. Menurutnya, siasatan lanjut masih diteruskan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply