ARKIB

KATEGORI

Buletin

IPD Kuantan ‘diserbu orang ramai’ mahu rentas negeri dan daerah

Berita Tempatan

Views

Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan hari ini dibanjiri orang ramai yang mahu memohon kebenaran rentas negeri dan daerah, masing-masing dengan alasan tersendiri.

MalaysiaGazette melaporkan, kira-kira 200 orang dilihat beratur panjang sejak pagi menjelang dua hari lagi sambutan AidilAdha walaupun kerajaan telah mengumumkan tiada kebenaran rentas daerah atau negeri diberikan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohammad Noor Yusof Ali ketika memberi peringatan berkata, hanya alasan yang benar-benar munasabah akan dberi kelulusan pergerakan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, alasan seperti keluarga sakit juga tidak akan dibenarkan kecuali mereka benar-benar dalam keadaan kritikal dan mesti disertakan dengan bukti.

Begitu juga dengan alasan pulang ke kampung menghantar ibu bapa untuk vaksinasi sedangkan masih ada orang lain yang boleh menguruskan proses tersebut.

Setakat ini, katanya, garis panduan kebenaran pergerakan rentas daerah dan negeri masih lagi berpegang kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara iaitu perkhidmatan penting, petugas keselamatan dan kesihatan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Jelasnya, Kuantan telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) lebih dua bulan dan tempoh yang lama ini bukan untuk menyusahkan, namun disebabkan oleh kesilapan dan kecuaian, menyebabkan wabak ini merebak.

Oleh itu beliau menyeru orang ramai agar bersama-sama bertanggungjawab membendung penularan ini dan sebagai OCPD, beliau berperanan menyampaikan mesej ini.

Mohammad Nor berkata demikian di hadapan orang ramai yang menunggu giliran untuk mengemukakan permohonan rentas daerah dan negeri di perkarangan bangunan IPD Kuantan di Kuantan.

Sementara itu tinjauan MalaysiaGazette mendapati rata-rata yang datang mengemukakan alasan kecemasan yang melibatkan kesihatan untuk mendapatkan kebenaran rentas negeri dan daerah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply