ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mattel dan Proton jalin kerjasama hasilkan model skala 1:64 Hot Wheels, Saga generasi pertama

Berita Tempatan

Views

Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Proton bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama negara, Proton Saga.

Harian Metro melaporkan, Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Mattel Inc Steve Totzke berkata, kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Ujarnya, ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana mereka bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels.

Tambah beliau, perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Menurut Totzke Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta.

Model baharu Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply