ARKIB

KATEGORI

Buletin

35 kereta dan 10 motosikal disita JSPT Kuala Lumpur, 397 saman dikeluarkan

Berita Tempatan

Views

Sebanyak 35 buah kereta dan 10 buah motosikal disita Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam Operasi Halangan dan Samseng Jalanan pada 3 dan 4 Disember lalu.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman dalam satu kenyataan hari ini berkata, kenderaan-kenderaan terbabit disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sebanyak 397 saman turut dikeluarkan.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Katanya, operasi yang dijalankan itu bermula pukul 2 pagi dan berakhir kira-kira pukul 4 pagi sekitar Kuala Lumpur melibatkan seramai 114 pegawai polis.

Kenderaan yang disita akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta diarahkan mengubah ke struktur asal sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan.

Sementara itu, tiga tangkapan terhadap penunggang motosikal berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun yang menunggang dalam keadaan merbahaya dan melakukan aksi zig-zag, roket, dan superman serta bersaing, dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya DUKE.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Dalam operasi yang sama, satu tangkapan telah dilakukan terhadap penunggang motosikal berusia 18 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ 1987.

JSPT Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Polis KL

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply